Kenyataan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat Isu Kehadiran Majlis Yang Di Pertuan Agong

Kenyataan Media berhubung kehadiran majlis santapan malam KDYMM Yang Dipertuan Agong
Diterbitkan pada 05 January 2011 Kategori Kenyataan Media



Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan, baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut:

Sewaktu saya berada di hospital, HUSM Kubang Kerian saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur [24 Disember 2010]. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian-andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak Istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN
AL-MURSYIDUL AM PAS

Kota Bharu.
29 MUHARAM 1432/4 Januari 2011.

Ulasan