Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Isnin, 25 Julai 2011

Wacana inisiatif perjelas kekeliruan - MB Kedah

ALOR SETAR - Pertemuan secara bersemuka antara Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S Ambiga dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam wacana ‘Apa Selepas 9 Julai?’ anjuran Sinar Harian, Selasa ini, adalah inisiatif baik untuk perjelas kekeliruan antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, wacana itu wajar diadakan sekiranya dapat selesaikan permasalahan.

Mengulas beberapa kenyataan sebelum ini yang mendakwa penganjuran wacana itu ada kepentingan politik, Azizan berkata, apa jua perkara tidak dapat lari daripada pengaruh politik, termasuk program bersifat wacana.

“Sebarang perkara di negara ini sering dikaitkan dengan politik. Contohnya, lawatan Perdana Menteri ke Kedah minggu depan pun ada kepentingan politik. Usaha yang baik teruskan, tak perlu dengar cakap-cakap negatif,” katanya.

Wacana siri kelima anjuran Sinar Harian itu diadakan secara percuma di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, 2 petang, 26 Julai ini.SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog