Pada 31 oktober lepas blog ini telah menyiarkan satu posting yang menyiarkan semula keratan akhbar West Australian Newspaper mengenai 'aktiviti' membeli belah Rosmah Mansor dan anaknya. (klik sini untuk baca lanjut)
Dalam posting tersebut che'GuBard hanya menyiarkan semula keratan akhbar tersebut untuk sama teliti dan fikirkan. che'GuBard tidak menuduh apa- apa cuma menyatakan jika benar berita tersebut maka samalah anak dengan imej mak yang berbelanja besar ketika rakyat susah ia umpama mencurah garam ke luka rakyat. Kemudian ada penafian oleh beberapa pihak mengenai perkara tersebut termasuk yang terbaru oleh Najib sendiri yang menafikan dari Mekah. (klik sini)
Serentak dengan penafian Najib maka ramainya laman pro Umno termasuk pemilik akaun media-media sosial yang lain mendesak che'GuBard untuk minta maaf. Namun bagi che'GuBard tidak ada keperluan mohon maaf kerana jika baca semula posting asal itu maka tidak ada pun sebarang tuduhan. Cuma mendesak agar sama difikirkan berdasarkan keratan akhbar yang dilampirkan. Namun menjadi tanggungjawab che'GuBard juga seperti mana berita awal disiarkan dalam blog ini maka berita pembetulan dari akhbar yang sama juga disiarkan dalam blog ini.
Hari ini pula muncul dalam akhbar yang sama di muka surat 24 muncul pula pembetulan. Akhbar itu mengakui yang anak Najib tidak berada di lokasi yang dikatakan.
Perli difikirkan ini mungkin boleh disifatkan kegagalan kempen media antarabangsa yang melibatkan wang yang banyak yang dibayar oleh kerajaan Malaysia, sesuatu yang amat tidak kena berlaku, Najib sendiri perlu melihat perkara ini. Kecualilah ia memang menjadi strategi permainan perang saraf baru dimana rancang media lapor salah dan kemudian media tersebut minta maaf dengan harapan memadam sekali isu besar.
sama kita fikirkannya.Sumber : SINI
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..