'PM perlu malu ISA diguna lagi'
Penahanan terbaru sekumpulan lelaki bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disifatkan "mengesahkan kesangsian" rakyat terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta itu sebelum ini.
Perdana menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula undang-undang lain bagi memastikannya memenuhi kehendak semasa.
Dalam kenyataan bersama Syed Ibrahim dan Nalini hari ini, mereka mempersoalkan sama ada Najib cuba memperdayakan rakyat Malaysia berhubung penangkapan pertama selepas pengumuman pemansuhan ISA pada 15 September lalu.
"PM perlu berasa malu atas penangkapan ini," kata mereka sambil menyifatkan tuduhan ke atas kumpulan lelaki itu masih tidak pasti.
Senaraikan nama, status
Bagaimanapun, memetik sumber, laporan Berita Harian dan The New Straits Times itu tidak sepakat sama ada 10 atau 11 orang ditahan bawah akta kontroversi itu.
GMI dan Suaram pula menyifatkan jumlah dilaporkan hanyalah angka "tidak rasmi" kerana sumber mereka memaklumkan kemungkinan 14 orang ditahan.
Kedua-dua NGO itu turut menyenaraikan nama invidividu yang didakwa ditahan, termasuk status pekerjaan mereka.
Tiga lagi individu lain - dikenali Adwan, Azmi dan Suriadi - tidak dinyatakan nama penuh dan status pekerjaan mereka.
Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi dilaporkan enggan mengulas penahanan tersebut kerana kes itu dikendalikan Bukit Aman.
'Amaran sebelum ditahan'
Sementara itu, jabatan undang-undang dan hal ehwal Sabah dan Sarawak Pemuda PAS berkata pihaknya terkejut dengan penahanan itu setelah dimaklumkan keluarga mangsa - sepuluh daripada tahanan didakwa pendakwah.
Pengerusi kedua-dua jabatan itu Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi dan Abang Ahmad Kardee Abang Masagus mendakwa, mereka percaya tangkapan itu rentetan laporan PAS Sabah bahawa ahli-ahlinya diberikan amaran oleh polis supaya tidak terlibat dengan program politik dan dakwah sekiranya tidak mahu ditangkap.
"Justeru, kami percaya bahawa tangkapan ini hakikatnya adalah bermotifkan politik semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan Seksyen 73(1) ISA," kata mereka dalam kenyataan bersama.MalaysiaKini
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..