Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.
1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.
2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.
3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.
Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.
Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.MalaysiaKini
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..