NI Dia Bukti..!!!! UmnoBN Takut....Kepada Pakatan Rakyat

Enggan daftar Pakatan bukti BN takut `dua parti'

KOTA BHARU, 6 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan Pautankeengganan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat sedangkan permohonan telah pun dikemukakan selaras dengan kehendak perundangan adalah menghalang proses perjalanan demokrasi di Malaysia.

“Selain itu, Umno Barisan Nasional takut kepada ‘sistem dua parti’ sekiranya pendaftaran Pakatan Rakyat diluluskan. Bahkan gabungan Pakatan Rakyat itu dilihat BN mengancamnya," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Elaun Guru-Guru Pasti Negeri Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha 1432 Hijriah di Dewan Astaka, JKR 10 dekat sini, kelmarin.

Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, itulah yang menyebabkan Umno BN tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat.

"Dan kita tidak menolak gambaran sikap ‘flip-flop’ kepimpinan Perdana Menteri yang ada,” ujarnya.

Justeru itu, kata Abdul Latiff, urus tadbir dan transformasi Najib hanya dilihat rakyat negara ini sebagai ‘retorik.

“Bahkan bukan saja masalah urusan pendaftaran Pakatan Rakyat, malahan Bajet 2012 yang diangkat di Parlimen awal Oktober baru-baru ini terbukti di kalangan pimpinan Umno BN sendiri pun tidak yakin dengan sumber kewangan negara bagi menyelesaikan pembayaran bajet itu.

“Dan tiba-tiba pula dibuat 'one-off', ini termasuk 'one off' untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah," katanya lagi.

Beliau yang juga Pengarah Pasti Kelantan memaklumkan sebanyak RM176,000 telah dibelanjakan bagi membayar elaun guru-guru Pasti seluruh negeri.

“Pembayaran elaun ini membabitkan seramai 600 orang guru Pasti Kelantan bagi bayaran untuk bulan September dan Oktober 2011," katanya.HarakahDaily

Ulasan