Buat kesekian kalinya, isu hudud kembali menjadi isu yang hangat
dibicarakan oleh rakyat Malaysia. Tindakan kerajaan Kelantan
mengumumkan1 rancangan untuk melaksanakan hudud dan qisas menjelang
tahun 2015 mendapat pelbagai respon daripada segenap pihak termasuklah
daripada barisan pembangkang sendiri.
Pihak kerajaan pula dilihat menjadikan polemik hudud ini sebagai peluang
untuk mencetuskan perselisihan dalam pakatan pembangkang. Umum
mengetahui bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah disepakati oleh
parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Malah, DAP dengan tegas menyatakan
tentangannya terhadap sebarang usaha untuk menerapkan hudud oleh
kerajaan negeri Kelantan. Hal ini jelas dapat dilihat melalui
kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan DAP2 dalam memberikan
respon terhadap hasrat PAS tersebut.
Dalam satu kenyataan, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa umat Islam di
Malaysia masih belum bersedia untuk menerima hudud4. Persoalannya,
sejauh manakah kesungguhan daripada pihak penguasa sendiri dalam
menyiapkan umat Islam ke arah pelaksanaan hudud, apatah lagi untuk
menerapkan Islam secara syumul? Atau sekadar menggunakan polemik hudud
demi kepentingan parti politik semata-mata?
Dalam perkembangan yang sama, isu hudud turut mendapat respon negatif
daripada segelintir pihak yang melihat bahawa hudud tidak lagi sesuai
untuk diterapkan pada zaman mutakhir ini dengan alasan hukum tersebut
mengabaikan aspek sains sosial dan ekonomi3. Kedangkalan sebegini timbul
kerana individu-individu tersebut gagal memahami hakikat bahawa sistem
Islam hadir dengan pakej yang lengkap/syumul dalam mengatur kehidupan
manusia, bukan sekadar menghukum tanpa mencegah dan mendidik.
Hudud dalam kerangka Perlembagaan dan Demokrasi
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya akan memilih
sesi yang sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang
persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu
sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Pelaksanaan hudud dalam sistem demokrasi akan meletakkan hukum Allah di
bawah hukum buatan manusia, di mana hukum Allah ini boleh dibahaskan dan
dipertikaikan serta memerlukan “kebenaran” daripada Dewan Parlimen
untuk diterapkan. Walhal pada hakikatnya hudud adalah hukum Allah dan ia
merupakan sebahagian daripada kewajipan yang wajib untuk diterapkan
oleh pemerintah ke atas rakyat biar pun majoriti suara menolaknya.
Khatimah
Sedarlah wahai umat Islam bahawa hudud dan juga sistem-sistem Islam yang
lain tidak akan dapat diterapkan secara tadarruj
(berperingkat-peringkat). Sebaliknya umat Islam wajib berusaha
menerapkan Islam secara taghyir (perubahan yang mendasar) dengan cara
meninggalkan sistem yang rosak pada hari ini serta mengembalikan semula
Khilafah atas manhaj kenabian sepertimana yang disyariatkan. Khilafah
sahaja yang akan dapat melaksanakan syariat Islam secara kaffah dalam
segenap aspek kehidupan serta menjamin keadilan dan keamanan kepada umat
yang bernaung di bawahnya.
Wallahua’lam.
www.mykhilafah.com
SOP TRADING FOREX 2026
-
GUNA FIBO YANG DI SELTING KHAS
MODAL 20 USD
1 ENTER SAHAJA
WAJIB ADA SL DAN TP
TP WAJIB LETAK IKUT SELTIING INDICATER FIBO KAMI
SL WAJIB LETAK ATAS S...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..