KUALA LUMPUR - Lebih 100 orang berhimpun bagi menyatakan bantahan
terhadap kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Masjid
Negara yang dijadualkan pada Ahad ini sebagai sebahagian daripada rangka
lawatannya ke Malaysia.
Demonstrasi bantahan anjuran sebuah NGO Islam, Hizbut Tahrir Malaysia,
bermula selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Negara semalam sebelum
masing-masing berarak kira-kira 100 meter bagi menyerahkan memorandum
bantahan.
Jurucakapnya, Abdul Hakim Othman berkata, pihaknya menolak lawatan
pemimpin barat itu yang disifatkan satu bentuk pencemaran terhadap
kesucian masjid.
“Obama merupakan ketua kepada negara imperialis yang nyata memusuhi dan
memerangi umat Islam atas nama perang melawan keganasan. Peperangan
yang dilancarkan Bush dan diteruskan lagi oleh Obama ke atas Iraq dan
Afghanistan sehingga menyebabkan kematian dan penderitaan ratusan ribu
umat Islam dan kemusnahan yang begitu besar, adalah bukti nyata sikap
Obama ke atas umat Islam.
“Ini belum lagi mengambil kira peperangan yang tidak diisytiharkan oleh
Obama ke atas Pakistan, Yemen, Syria dan banyak lagi,” katanya kepada
Sinar Harian.
Tambah Abdul Hakim, pihaknya kesal dengan pihak pentadbiran Masjid
Negara yang membenarkan pemimpin itu menjejakkan kaki ke masjid sebagai
sebuah tempat suci di dalam Islam.
Justeru katanya, satu demonstrasi aman akan dibuat pada Ahad di sekitar
kawasan Masjid Negara sebagai tanda bantahan terhadap kedatangan Obama.
Terdahulu, beliau menyerahkan dokumen memorandum bantahan kepada wakil pihak pengurusan Masjid Negara.
Sinar Harian
SOP TRADING FOREX 2026
-
GUNA FIBO YANG DI SELTING KHAS
MODAL 20 USD
1 ENTER SAHAJA
WAJIB ADA SL DAN TP
TP WAJIB LETAK IKUT SELTIING INDICATER FIBO KAMI
SL WAJIB LETAK ATAS S...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..