KOTA BHARU – Pas diminta berbincang dengan parti komponen Pakatan Rakyat
(PR) mengenai satu titik persamaan bagi mendapatkan cara terbaik untuk
membendung masalah jenayah jika tidak bersetuju dengan pelaksanaan
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) atau hudud di negeri ini.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Phang Chaw berkata,
apa yang dapat dilihat ketika ini ialah perbezaan pendapat antara satu
sama lain yang mungkin menyebabkan hubungan parti sekutu PR dipolemik
pihak-pihak tertentu.
“PR perlu berbincang, mungkin ada cara lain yang boleh membantu
menyelesaikan masalah ini dengan titik persamaan yang disetujui semua
pihak, memang diakui Pas melihat hudud sebagai salah satu cara untuk
mendidik umat Islam, tapi bagi pendapat saya, DAP pula melihat kepada
Perlembagaan dan keperluan rakyat terhadap hukuman itu, ini tiga perkara
yang berbeza.
“Oleh sebab itu mereka (parti komponen PR) perlu duduk dan berbincang,
apakah cara yang lebih baik mencegah jenayah yang mungkin tidak
melibatkan agama dan bangsa, jenayah berlaku tidak mengira dua perkara
(agama dan bangsa) tersebut, maka cara penyelesaiannya perlu lebih
terbuka,” katanya.
Menurutnya, setiap pihak boleh bersuara bersesuaian dengan demokrasi
yang diamalkan sama ada ia diterima secara positif mahupun negatif
kerana setiap parti mempunyai pandangan sendiri dalam melihat
keberkesanan pelaksanaan enakmen tersebut kepada masyarakat.
Ketika ditanya mengenai punca masalah jenayah dalam negara, Phang Chaw
berkata, kerajaan sepatutnya mencari jalan penyelesaian dari akar umbi
pendidikan yang lebih berdisiplin, bukan hanya mahu melahirkan generasi
bijak pandai tetapi tidak dilengkapi dengan disiplin dan tamadun
berkualiti.
Sinar Harian
SOP TRADING FOREX 2026
-
GUNA FIBO YANG DI SELTING KHAS
MODAL 20 USD
1 ENTER SAHAJA
WAJIB ADA SL DAN TP
TP WAJIB LETAK IKUT SELTIING INDICATER FIBO KAMI
SL WAJIB LETAK ATAS S...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..