KUALA LUMPUR 15 APRIL: Kesedaran politik yang semakin matang di
kalangan anak muda menjadikan golongan berkenaan semakin aktif bergerak
menuntut perubahan sistem pentadbiran ke arah yang lebih baik, kata
Amiruddin Shari (gambar bawah).

Ahli
Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu berkata, anak muda sekarang tegas
menolak kepincangan sistem kehakiman dan pelbagai penyelewengan yang
dilakukan kerajaan minoriti BN melalui Reformasi 2.0 yang dilancar
baru-baru ini.
“Reformasi 2.0, mengulang isu penyelewengan dan rasuah Umno BN. Ada
kepercayaan golongan muda ingin bergerak ke arah satu sistem yang lebih
baik di negara ini,” katanya.

Tambahnya,
berbeza dengan reformasi pada tahun 1998 dahulu yang lebih tertumpu
kepada isu kehakiman, Amiruddin berkata reformasi kali ini akan lebih
menekankan isu nasional menyentuh kepentingan semua rakyat Malaysia.
“Pada tahun 1999 saya terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Anwar.
Kita waktu itu terikut dengan tarikan emosi isu mata lebam Anwar.

“Bagaimanapun,
reformasi kali ini merangkumi semua golongan. Kita menentang
penyelewengan meluas Umno BN sejak 15 tahun lalu yang semakin membarah
dan merosakkan ekonomi negara,” katanya.
Amiruddin mula bergiat dengan gerakan reformasi sejak zaman mahasiswa
di Universiti Putra Malaysia pada 1999. Beliau antara mahasiswa yang
berdemonstrasi menentang pemecatan Anwar secara zalim oleh rejim
Mahathir ketika itu. keadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..