MB Negeri Sembilan tetap orang Melayu

SH MNS/SYAMILAH ZULKIFLI
January 5, 2012
SEREMBAN – DAP negeri memberi jaminan Menteri Besar (MB) negeri ini tetap dipilih dalam kalangan pemimpin Melayu Islam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya parti itu berjaya mengambil alih Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, pihaknya menghormati dan tetap mempertahankan prinsip perlembagaan negeri yang meletakkan bahawa MB perlu dipilih dalam kalangan orang Melayu.

“Jika PR menang, Islam tetap agama rasmi, Bahasa Melayu kekal bahasa kebangsaan, kedudukan hak istimewa orang Melayu akan terus dipertahankan dan yang paling penting MB tetap dipilih dalam kalangan orang Melayu.

“Saya tegaskan DAP negeri sokong Melayu jadi MB, tetapi kita mahu pemimpin Melayu yang bersih dan tidak korupsi, semestinya dipilih daripada PR,” katanya pada ceramah khas di pekarangan Pejabat PKR negeri di sini, malam semalam./SinarHarian

Ulasan

  1. roslan kasim terlopong lah kerana lari tinggalkan kwn2 bila dibentangkan tikar umno, dia duduk bersila disitu dan membalingkan tulang2 kpd kwn2 ..perangai yg x boleh dipercayakan apa lg nak dijadikan pimpinan..tata roslan..tenggelam lah bersama zul kulum, brahim katak, ezam sesumpah, hassan songkok, ijat lembu, jamil guna zakat dan kwn2 seumpama kau tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..