Umno harus ambil tanggungjawab ; serangan bersifat perkauman terhadap program ABU
22 Januari 2012
SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.
Asalkan  Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan  perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan  negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan  Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini  semakin tidak terbendung.
Sentimen ABU ini  ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi  pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah  bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen  kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah  dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian  dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil,  kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai  segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.
Selepas  itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam  skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada  18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja  lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini  tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno  yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu  sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak  muda.
Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.
Minggu  lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi  menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama  dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator  Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR  bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.
Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat. 
Pada  21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU  yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris  Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan  MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.
Kira -  kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya  yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira  9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak  dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian  dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India.  Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka  bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang  hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang  cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda  berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan  dipukul.
Di luar dewan pula sebahagian dari  kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada  peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup  perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian  apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di  tanah.
Petugas dengan beberapa hadirin yang  kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan  pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan.  Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka  bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir  bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu  berbuat apa-apa.
Kira - kira jam 10.00 mlm  penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang  soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. 
Jelas  serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya  India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan -  kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di  iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling  dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit  ugutan perkauman.
Ada orang tempatan yang  mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian  (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India  keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan  tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta  pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.
Kejadian  malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1  Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai  penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda  Umno menjelang PRU akan datang.
Umno harus  dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan  bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar  rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat  penganjur.
Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke
Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.
Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi 
Sumber : SINI
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..