Dalam kenyataan di sini, syarikat penerbangan itu berkata
penumpang penerbangan MH790 ke Kuala Lumpur dan penerbangan MH791
Phuket/Kuala Lumpur, yang dibatalkan semalam berikutan penutupan
lapangan terbang Phuket, dibawa dengan penerbangan MH786/787 hari ini,
yang berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa KL (KLIA) pada 9.30 pagi dan ke Phuket pada 10.45 pagi.
Bagi tujuan itu, Malaysia Airlines menggantikan pesawat asal dengan pesawat Airbus A330 untuk penerbangan MH786/787.
Walaupun amaran tsunami ditarik balik, Malaysia Airlines akan terus
memantau keadaan dan memaklumkan kepada pelanggan tentang perkembangan
terkini.
Malaysia Airlines menasihati pelanggannya menyemak status penerbangan dengan menghubungi Pusat Panggilan 24 Jam (1300 88 3000 untuk panggilan dari Malaysia dan +603 7843 3000 untuk panggilan dari luar Malaysia) dan melalui laman web http:/www,malaysiaairlines.com/my/en/book-and-plan/flight-status.html - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..