RTM batal siaran debat Lynas
KUALA LUMPUR 4 April: RTM bertindak membatalkan penyiaran Program Bicara Rakyat berkenaan isu Lynas, yang membariskan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan; dan Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang sebagai ahli panel.Ahli Kuantan Environmental Watch Group, Soo Jin Hou berkata, debat itu diadakan pada 16 Mac, dan sepatutnya disiarkan di saluran RTM1 pada 23 Mac lalu.
“Maklum balas dari peserta yang hadir meyakinkan kami bahawa siaran itu dibatalkan kerana Raja Abdul Aziz dan Tan kalah dalam debat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, satu laporan dibuat kepada kepada Center of Journalism (CIJ) berhubung perkara ini.
Mereka berharap CIJ dapat mendesak RTM untuk menyiarkan program itu nanti demi manfaat orang ramai.
Turut dilampirkan bersama kenyataan itu adalah pautan untuk rakaman audio program Bicara Rakyat.
Pautannya adalah seperti berikut:
Nama fail: LynasPart1.mp3
Saiz fail: 19.9 MB
Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/
Nama fail: LynasPart2.wav
Saiz fail: 18 MB
Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/
Nama fail: LynasPart3.mp3
Saiz fail: 29.1 MB
Pautan muat turun: http://www.sendspace.com/file/
Jika anda suka berita ini, sila ‘Like’ laman Facebook KeadilanDaily.
Anda juga boleh ‘follow’ Twitter KeadilanDaily.
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..