KUALA LUMPUR 19
MAC: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing mempersoal identiti
seorang ‘personaliti kerajaan Malaysia’ yang mahu ditemui Ketua
Penceroboh Sulu, Agbimuddin Kiram.
Ia berikutan portal berita Filipina bertajuk ‘Kumpulan Sulu ditangkap
di Sabah’ memetik kenyataan Agbimuddin yang menyatakan kesediaan untuk
bertemu ‘personaliti’ dari Malaysia.
Berita itu dimuat dalam portal berita, globalnation.inquirer.net bertarikh 15 Februari lalu.
“Kumpulan bersenjata mahu jumpa seorang ‘personaliti’ tapi hingga
kini identiti itu tak didedah. Siapa? Datuk Seri Musa Aman? Datuk Seri
Hishamuddin Hussein atau Datuk Seri Najib Razak?
“Kenapa penceroboh mahu bertemu personaliti itu? Ini menjadi tanda
tanya kepada rakyat Sabah. Ini meninggalkan kekeliruan besar,” katanya
kepada KeadilanDaily.
Pada
14 Februari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebelum ini
dilapor berkata polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang
mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris
berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Sedangkan, pimpinan tertinggi Umno BN pada hari sama berada di Sabah
termasuk Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah untuk program BN di
Tuaran, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu.
Apatah lagi, berita yang memetik kenyataan Ismail Omar dan lawatan
Perdana Menteri ke Sabah, kedua-duanya dilapor agensi berita rasmi
kerajaan, Bernama pada 14 Februari lalu.
Lebih-lebih
lagi, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pula dilapor berkata
kumpulan penceroboh berusaha berjumpa dengan ‘personaliti’ berkenaan.
Laporan portal Filipina itu juga menyatakan Agbimuddin dan pasukannya dikepung pasukan keselamatan Malaysia.
“Mereka bercakap dengan kami dan merujuk saya sebagai ‘Baginda’ dan
Duli Yang Maha Mulia’ (Your Excellency & Your Royal Highnesss)),’
kata Agbimuddin dipetik portal berkenaan.
Mengulas lanjut, Wilfred berkata, kegagalan tindakan agresif terhadap
penceroboh Sulu selama beberapa minggu menguatkan andaian pelbagai
pihak berkaitan pertemuan dengan ‘personaliti’ itu./KeadilanDaily
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..