Langkau ke kandungan utama

Rafizi mahu tanding PRU13


rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Rafizi tidak mempunyai sebarang krisis kerana kedua-duanya bertindak secara profesional.

Abdul Khalid berkata, Rafizi mahu menjadi seseorang yang bebas menyuarakan pendapat dan tidak lagi terikat sebagai kakitangan Kerajaan Negeri.

Ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan siapa pengganti Rafizi untuk jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu berbuat demikian kerana mahu menumpukan kerja-kerja menghadapi PRU13./SinarHarian

Ulasan