TG Nik Aziz akui wujud cabaran selesai masalah cara Islam

Nik Aziz berkata setiap perkara dilakukan demi tujuan kebaikan juga pasti akan mempunyai lawan yang menentangnya. – Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 26 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui wujud kesukaran bagi membentuk sesebuah kerajaan untuk menyelesaikan masalah berlandaskan Islam walaupun parti itu telah berjaya melaksanakannya di Kelantan sejak mentadbir negeri berkenaan lebih 20 tahun lalu.

Nik Aziz, yang sejak itu menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan, turut berkata setiap perkara dilakukan demi tujuan kebaikan juga pasti akan mempunyai lawan yang menentangnya.

“Pada 5 Mei nanti kita undi kerajaan yang boleh selesaikan masalah Islam, kita dah buat ini di Kelantan, susah payah tetap akan berlaku,” katanya ketika melawat kawasan Pangsapuri Lembah Permai, di Kawasan Parlimen Lembah Pantai petang tadi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya kepada penduduk setempat di surau kawasan perumahan berkenaan sebelum turut sama-sama solat Asar berjemaah dengan penduduk.
“Sejak dulu lagi, bila ada malaikat, ada syaritan,” kata Nik Aziz dalam ucapannya.

Tambahnya lagi, apa sahaja yang diberi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi harus diterima namun jangan sesekali mereka mengundi parti yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.
“Umno akan bagi duit kita amik, dia bagi kain kita pakai.

“Dia nak bodoh kita, kita bodoh dia balik,” katanya lagi.
Pemimpin veteran itu berada di Lembah Pantai bagi membantu kempen calon Pakatan Rakyat Nurul Izzah Anwar di kawasan berkenaan yang akan menentang calon BN Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Bagi menyaingi kumpulan ulama dalam pembangkang, Datuk Seri Najib Razak yang menerajui BN juga meletakkan calon daripada kumpulan ulama  dan professional Islam untuk bertanding di Kelantan untuk Pilihan Raya 2013.

TheMalaysiaInsider



[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan