Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kenyataan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menafikan hak hampir 11 juta rakyat yang keluar mengundi.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) sendiri telah membuktikan kemenangan mereka diperoleh hasil undi masyarakat berbilang kaum.
“Kita telah menang banyak kerusi yang sebelum ini dianggap kubu kuat BN (Barisan Nasional) dan majoriti pengundi Melayu. Ini bukan tsunami pengundi Cina, tetapi tsunami penduduk Malaysia yang melangkaui bangsa.
“Saya sendiri tidak akan menang di Gelang Patah jika tidak dapat sokongan pengundi Melayu. Kita amat kesal dengan kenyataan Najib yang tidak tepat ini,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Kit Siang berkata, DAP berikrar akan terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun kelebihan kerusi Parlimen berpihak kepada parti itu.
“Kita setuju Anwar akan jadi Perdana Menteri jika kita berjaya bentuk kerajaan.
“Walaupun gagal, kita tetap sepakat bahawa Anwar akan terus mengetuai PR sama ada kita berjaya menawan Putrajaya atau tidak,” katanya.
SinarHarianOnline
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..