Lagi Bukti Penipuan SPR Anjing Umno Yahudi..!!!!

20,000 ditawar kerakyatan

KOTA BHARU – Pas Kelantan mendakwa terdapat hampir 20,000 rakyat Thailand, Kemboja dan Vietnam yang masuk ke Kelantan dalam kumpulan yang ramai sejak enam bulan lalu untuk apa yang disyaki sebagai tujuan politik pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kegiatan memasukkan mereka ke negeri ini begitu aktif setiap hari di Rantau Panjang.

“Pas Pusat mendapat maklumat rakyat negara jiran itu dibawa masuk dengan bas ke negara ini sebelum dipecahkan melalui pengangkutan awam ke negeri lain dan kami juga mendapati rakyat asing ditawarkan mendapat kerakyatan Malaysia dengan syarat mereka mengundi Barisan Nasional (BN) dalam PRU-13 nanti.

“Perkara ini menunjukkan kerajaan terdesak untuk meningkatkan bilangan undi menyokong BN sehingga sanggup membenarkan rakyat berstatus penduduk tetap (PR) mendapat kerakyatan segera,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu berkata demikian ketika mengulas kewujudan warga asing berstatus PR yang mendapat taraf warganegara tetap dan didaftar sebagai pengundi dalam suku kedua Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya 2011.SinarHarian

Ulasan