Selepas 'pengundi klon' PAS dakwa ada 'ahli Umno klon'
Fenomena individu yang mempunyai lebih daripada satu identiti bukan sahaja terhad kepada daftar pemilih tetapi menurut PAS, mereka mempunyai bukti bahawa 'pengundi klon' berkenaan mempunyai dua MyKad dan juga dua keahlian Umno.
Berikutan pendedahannya minggu lalu bahawa terdapat tiga 'pengundi klon' yang memegang keahlian Umno, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata semakannya di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan data keahlian anggota Umno mendapati beberapa ahli Umno juga mempunyai 'klon' dalam parti itu.
“Bukti-bukti yang Dewan Pemuda PAS berikan hanyalah tiga daripada ribuan data yang dimiliki. Tiga data ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku dalam sistem maklumat negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Semakan Malaysiakini di portal JPN - yang membenarkan orang ramai membuat semakan status dokumen pengenalan - mengesahkan bahawa pemilik tiga MyKad itu juga mempunyai MyKad tambahan.
Perbezaan kedua-dua MyKad itu adalah dua dua digit terakhir kad pengenalan masing-masing.
Tiga pengundi klon/ahli Umno yang didakwa itu adalah:
1. Azhar bin Ahmad
MyKad pertama: 680713095049 (sah)
Lokaliti: Batu 13
Daerah mengundi: Tasoh
DUN: Beseri
Parlimen: Padang Besar
No ahli Umno: 00412036
Negeri: Perlis
Bahagian: Padang Besar
DUN: Beseri
Cawangan: Batu Hampar Beseri
MyKad kedua: 680713095057 (valid)
Lokaliti: Kg Baru Chuping
Daerah mengundi: Sg Buloh
DUN: Chuping
Parlimen: Padang Besar
No ahli Umno: 01167397
Negeri: Perlis
Bahagian: Padang Besar
DUN: Chuping
Cawangan: Kampong Baru Sungai Serai
2. Besah binti Mat
MyKad pertama: 450713095002 (sah)
Lokaliti: Telaga Haji Abd Latiff
Daerah mengundi: Changkat Jawi
DUN: Guar Sanji
Parlimen: Arau
No ahli Umno: 00405301
Negeri: Perlis
Bahagian: Arau
DUN: Guar Sanji
Cawangan: Telaga Hj Latiff
MyKad kedua: 450713095010 (valid)
Lokaliti: Jejawi Batas
Daerah mengundi: Alor Lanchang
DUN: Sena
Parlimen: Kangar
No ahli Umno: 00401132
Negeri: Perlis
Bahagian: Kangar
DUN: Sena
Cawangan: Jejawi
3. Mansor bin Ahmad
MyKad pertama: 481104025705 (sah)
Lokaliti: Felda Bkt Tangga
Daerah mengundi: Felda Bkt Tangga
DUN: Bukit Kayu Hitam
Parlimen: Kubang Pasu
No ahli Umno: 00145824
Negeri: Kedah
Bahagian: Kubang Pasu
DUN: Bukit Kayu Hitam
Cawangan: Felda Bukit Tangga
MyKad kedua: 481104025713 (valid)
Lokaliti: Kampong Masjid
Daerah mengundi: Felda Batu Lapan
DUN: Bukit Kayu Hitam
Parlimen: Kubang Pasu
No ahli Umno: 00144136
Negeri: Kedah
Bahagian: Kubang Pasu
DUN: Bukit Kayu Hitam
Cawangan: Pekan Changlun
Malaysiakini masih belum dapat mengesahkan status pengundi mereka kerana sistem pengesahan dalam talian SPR tidak berfungsi sejak pagi ini.
Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, maka adalah mustahil bagi Umno tidak mengetahui manipulasi yang berlaku itu.
“Manipulasi ini bukan sahaja melibatkan SPR tetapi melibatkan secara terus kepada pertubuhan Umno, sebuah parti yang menjadi tunggak pemerintah BN yang semakin reput dimamah usia...
“Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah.
“Seterusnya Umno bakal berdepan dengan krisis 1988 yang menyebabkan pertubuhannya diharamkan. Ini merupakan manipulasi yang sangat serius berlaku dalam negara. Ahli-ahli Umno berhak mendapat penjelasan daripada presiden mereka,” kata Suhaizan.
Menurut beliau lagi, presiden Umno dan ketua Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menjelaskan kepada rakyat di negara ini berhubung manipulasi yang berlaku.
“Pemuda PAS juga mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad boleh mengundi dua kali.
“Tan Seri Aziz, Pengerusi SPR jangan hanya mencari alasan bahawa manipulasi ini hanyalah perkara kecil. Kalau manipulasi ini kecil bagaimana Dewan Pemuda PAS boleh memiliki ribuan bukti terhadap masalah ini,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, suatu badan bebas harus ditubuhkan untuk menyiasat manipulasi yang telah dibuktikan selama ini.MalaysiaKini
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..