Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membidas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata perhimpunan BERSIH 2.0 mungkin menyebabkan rusuhan seperti apa yang berlaku di kota London sekarang.
“Kenyataan itu hanya menunjukkan kejahilannya,” kata Nurul Izzah kepada wartawan di luar ibu pejaag polis Petaling Jaya hari ini.
Dalam posting di laman web Facebook malam semalam, Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan.
Menurut Nurul Izzah kenyataan seumpama itu daripada seorang pegawai kanan polis, tidak boleh diterima dan memintanya menyemak fakta-fakta terlebih dahulu sebelum membuka mulutnya.
Katanya, punca rusuhan di kota London adalah kerana rasa tidak puas hati rakyat hasil pemotongan bajet kerajaan dan kadar pengangguran yang tinggi.
Ini, dakwanya berlainan dengan peserta BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu yang sebahagian besar mereka terdiri daripada rakyat golongan pertengahan.
Namun, satu persamaan antara situasi di UK dan Malaysia, menurut naib presiden PKR itu adalah kegagalan melakukan pembaharuan kepada sistem ekonomi yang menggalakan jurang perbezaan golongan kaya dan miskin semakin melebar.MalaysiaKini
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..