Langkau ke kandungan utama

Nokia 3310 kini sudah kembali

Nokia 3310
Perbezaan Nokia 3310 lama dan baharu. - Foto The Telegraphy


SETELAH 17 tahun menyepi diri, kini peranti Nokia 3310 akhirnya kembali 'dilahirkan' semula.

Dengan versi yang moden, peranti ini ditambah dengan kelengkapan teknologi baharu antaranya mempunyai tahap ketahanan bateri yang luar biasa iaitu mampu bertahanan sehingga 30 hari dan tempoh masa bercakap sehingga 22 jam.

Bagi mengekalkan keasliannya difahamkan rekaannya masih bercirikan rekaan klasik Nokia 3310 tetapi ditambah dengan sentuhan moden.

Versi Nokia baharu ini dilancarkan secara rasmi semalam, oleh MD Global, iaitu sebuah syarikat Finland yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada bekas pekerja Nokia, yang telah memperoleh hak untuk jenama Nokia.

"Kami mahu memberi 'ganjaran' kepada peminat setia telefon Nokia, ia menggamit memori lama," kata Ketua Pegawai Produk HMD Juho Sarvikas petik The Telegraph.

Apa yang lebih menarik permainan 'snake' yang popular bagi pengguna peranti ini turut disertakan,perubahan yang dilakukan adalah daripada segi saiz skrin yang lebih besar dan kini berwarna dan sedikit nipis daripada generasi awal 3310.

Susunan butang masih lagi sama seperti dahulu dan Skrin 2.4″ berwarna dipadankan dengan storan 16 Megabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 32 Gigabyte. Sebuah kamera 2-Megapixel turut disertakan pada panel belakang.

Empat pilihan warna diberikan iaitu merah, kuning, kelabu dan biru. Tidak seperti peranti moden, ia hanya menyokong rangkai 2G.

Nokia baharu ini dikeluarkan dengan harga Euro 41 (RM192), dan akan dipasarkan pada suku kedua tahun ini.

Sinar Harian Online

http://kelabsimkad.blogspot.my/

Ulasan