Langkau ke kandungan utama

Hidangan baharu KFC

Hidangan baharu KFC

KFC Malaysia menjangkakan hidangan baharunya, KFC Twister akan menyumbang sehingga 10 peratus hasil jualan daripada keseluruhan jualan produknya tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Pemasarannya, Angelina Villanueva berkata, hidangan terbaharu itu sesuai untuk penggemar muda termasuk pelajar yang boleh merasai hidangan itu di mana sahaja dengan cepat.

Menurutnya, KFC Twister diperkenalkan dalam dua pilihan rasa berbeza, Hot & Zesty Twister dan Cheezy Twister.

"Ia akan menjadi pilihan penggemar kerana harganya lebih berpatutan iaitu RM6.50 setiap satu, justeru percaya hidangan ini akan membantu menyumbang lima hingga 10 peratus hasil jualan.

"KFC Twister ini juga padat dengan kepingan Zinger rangup, salad, timun dan tomato lazat, semuanya dibalut di dalam tortilla hangat," katanya pada majlis pelancaran hidangan baharu itu di KFC Pavilion.

KFC Twister boleh didapati secara ala carte atau bersama hidangan kombo dan setiap hidangan kombo di datangkan bersama Crispier Fries KFC serta satu minuman berkarbonat. 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Operasi KFC, M Chandrasagran berkata, KFC menyasarkan untuk membuka sehingga 30 cawangan baharu KFC tahun ini.
"Lokasi pula akan dibuka seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan bergantung kepada lokasi sama ada di bandar atau luar bandar.

"Kos bagi sebuah cawangan dianggarkan memakan belanja dari RM1 juta sehingga RM4 juta bergantung pada saiz cawangan itu," katanya.

Chandrasagran berkata, sehingga kini, KFC telah mempunyai 446 cawangan seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dan menjangkakan perkembangan positif untuk jualan keseluruhan KFC tahun ini.

Sinar Harian

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

RHB perkenal aplikasi perbankan mudah alih baharu

RHB Bank Bhd (RHB) memperkenalkan aplikasi perbankan mudah alih RHB Reflex yang baharu, menawarkan keupayaan pengurusan aliran tunai serba boleh kepada pelanggan perniagaan. RHB berkata aplikasi tersebut membolehkan pengguna menggunakan semua jenis transaksi melalui mudah alih, termasuk pembayaran pukal, pembayaran tunggal, pengurusan gaji dan pembayaran bil.
Ng berkata langkah itu sejajar dengan inisiatif transformasi digital bank dan setakat ini, bank itu menyaksikan peningkatan pelanggan baharu bagi platform digitalnya sebanyak 25 peratus dari segi tahun ke tahun.“la turut membolehkan pengguna melihat semua akaun dan transaksi yang dilakukan oleh syarikat dan anak syarikat mereka,” kata Ketua Perbankan Perniagaan dan Transaksi Kumpulan Jeffrey Ng Eow Oo dalam kenyataan hari ini.
Pelanggan RHB Business Current Account dan RHB Reflex di Malaysia dan Singapura kini boleh memuat turun aplikasi mudah alih Reflex di Apple App Store dan Google Play Store secara percuma dan tanpa sebarang …

U Mobile tandatangan perjanjian kemudahan pinjaman RM1bilion

U Mobile Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman bertempoh berjumlah RM1 bilion selama tiga tahun bersama United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) bagi tujuan pembiayaan program perbelanjaan modalnya (CAPEX). Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck berkata, jumlah ini akan digunakan bagi memperluaskan dan memperbaiki rangkaiannya di seluruh negara.
"Suntikan segar ini juga berupaya beri lonjakan dan mempercepatkan strategi pembangunan rangkaian kami. Tidak lama lagi, pelanggan akan menikmati pengalaman penggunaan rangkaian yang jauh lebih baik di seluruh Malaysia," katanya.      "U Mobile gembira atas sokongan UOB Malaysia. Perjanjian kemudahan kredit sebanyak RM1 bilion ini adalah antara perjanjian terbesar dan ia mencerminkan keyakinan pihak bank kepada kualiti kredit dan asas perniagaan U Mobile.
sinar harian
www.gajimasyuk.com

Syarikat MLM terkemuka di malaysia CNI Malaysia kini berwajah baru.

CNI Malaysia kini berwajah baru dan menggunakan sistem online dalam bisnesnya. Mereka memperkenalkan O2O frenz plan.

Apa itu o2o frenz plan? o2o frenz plan adalah MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP KALI ANDA BERBELANJA. Dengan pengalaman CNI 30 tahun dalam industri MLM di malaysia.

CNI malaysia menyediakan tawan paling hebat dan diskaun untuk 7 juta produk dan termasuk produk CNI yang bertarah GMP.

O2O plan juga adalah peluang terbaik untuk rakyat malaysia memulakan perniagaan secara online. Hanya bermodal permulaan RM50 sahaja anda sudah layak untuk menyertai plan O2O plan terkini CNI Malaysia.

jika anda berminat boleh layari link ini : www.cni.my/976745/o2o


www.gajimasyuk.com

Landasan Perjuangan Saya Ialah Islam-Mat Sabu

GOMBAK 11 SEPT : Tidak ada yang harus diragui kerana pegangan dan perjuangannya sejak kecil berteraskan Islam, sementara ceritera bahawa beliau menyokong komunis pula hanya ditimbulkan oleh akhbar yang semakin hilang kredibilitinya seperti Utusan Malaysia.

Oleh itu kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan kerana tidak ada apa yang pernah berubah seperti yang didakwa oleh media milik Umno-Barisan Nasional itu.

"Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.

"Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain.

"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan? Jahat sungguh," katanya dalam ceramah di Dewan Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam tadi.

Beliau berkata demik…

Celcom Xpax tawar pelan internet sehingga 15GB

Zalman Aefendy (dua, kanan) pada majlis pengenalan pelan Xpax baharu. CELCOM Xpax memperkenalkan Pelan Internet Xpax yang menawarkan sehingga 15GB kuota internet bersama Music Walla dan Video Walla Percuma.
Pelanggan juga dapat menikmati ciri tambahan yang dipertingkatkan untuk melengkapi gaya hidup digital mereka seperti Pelan Harian RM5 (2GB), Pelan Mingguan RM6 (500MB), RM19 (5GB) dan Pelan Bulanan RM79 (15GB, dengan Music Walla percuma dan 15GB Video Walla).
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan Internet Xpax dan ciri tambahannya adalah tawaran yang terhebat bagi memenuhi gaya hidup digital pelanggan.
“Kami inginkan pelanggan menikmati pengalaman internet digital terbaik dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, tanpa kebimbangan kehabisan kuota data.
“Celcom komited memenuhi kehendak pelanggan prabayar yang menginginkan lebih banyak internet dengan harga berpatutan, tanpa sebarang kerumitan. Dengan Xpax #nokelentong, apa yang …

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI