KUALA LUMPUR: Portal berita dalam talian Malaysiakini sekarang tidak boleh diakses kerana ‘diserang’ pihak tertentu bermula jam 11 pagi tadi.
Namun demikian, mereka akan tetap menerbitkan berita seperti biasa menerusi platform laman sosial Facebook.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh Chandran melalui laman Facebook beliau.
“Kami sekarang mengesahkan Malaysiakini.com diserang pihak luar bermula 11 pagi tadi. Kami akan menerbitkan berita menerusi platform lain seperti Facebook sementara kami menyelesaikan masalah ini,” kata Premesh.
Menurut Premesh lagi, kesemua versi bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina Malaysiakini masih lagi tidak dapat diakses sehingga ke petang ini.
“Sehingga jam 5.30 petang tadi, Malaysiakini masih tidak dapat diakses semenjak jam 11 pagi tadi. Pembaca-pembaca tidak dapat mengakses laman web tersebut, yang dihoskan pada pelayan (server) kami di Telekom Malaysia Brickfields dan Jaring.
“Kami mohon maaf dengan perkara ini dan akan memaklumkan pembaca dari masa ke semasa menerusi Facebook dan Twitter,” kata Premesh.
Berita Malaysiakini buat masa ini boleh diperolehi menerusi laman Facebook mereka seperti berikut:
http://www.facebook.com/MalaysiaKini
http://www.facebook.com/mkinicn
http://www.facebook.com/mkinibm
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..