Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Ahad, 17 April 2011

Nik Aziz Akur Pakatan Rakyat Tewas, Gembira Undi Meningkat




KOTA BAHARU 17 APRIL : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur pembangkang gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam.

Katanya, walaupun gagal menumbangkan Barisan Nasional namun beliau gembira dengan peningkatan peratusan undi yang dicatatkan pakatan pembangkang.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata, peningkatan jumlah peratusan undi itu juag membuktikan bahawa rakyat Sarawak semakin menerima kehadiran pembangkang di negeri itu terutama undi yang diterima DAP.

"Penduduk bandar jelas menolak Barisan Nasional (BN) dan memihak kepada DAP tetapi bagi PAS kita gembira sokongan semakin meningkat walaupun tewas kesemua kerusi," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di

sini, hari ini.

Pada pilihan raya negeri Sarawak semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.TVSNEWS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog