SHAH ALAM - Kenyataan Datuk Mustafa Ali kelmarin yang membayangkan kemungkinan masa depan Pas dalam pakatan pembangkang bergantung pada keputusan siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan rasa tidak senang hati Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Ahli Parlimen Gombak itu dalam laman :twitter:nya, semalam mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung Pas itu membuat kenyataan secara terbuka kerana seolah-olah mahu menyinggung perasaan PKR dan Anwar.
Katanya, rakyat mahukan penjelasan daripada kenyataan yang dikeluarkan terutama kepada media massa yang dikuasai UMNO agar tidak dimanipulasi.
"Apakah benar Mustaffa Ali keluar kenyataan begitu untuk menying�gung PKR dan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim)? Rakyat menuntut penjelasan.
"Pimpinan perlu akur dengan kerangka besar agenda bersama PR. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian," katanya yang dipetik dari twitternya, semalam.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu dalam tiga entry yang menggambarkan PKR tidak senang dengan kenyataan itu.
Kelmarin, Mustafa dalam sidang akhbar Pas berkata akan menyatakan pendirian partinya sekiranya terbukti pelakunya adalah pemimpin seperti yang dimaksudkan selepas siasatan polis.
Katanya, Pas melihat isu tersebut dengan serius dan akan menilai secara mendalam sebelum sebarang kenyataan mengenainya diputuskan. SinarHarian
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..