KEADILAN bantu selamatkan ahli Umno yang kemalangan bas

NEGERI SEMBILAN 12 Mei: Demi keselamatan nyawa, sekumpulan pemimpin dan ahli KEADILAN cabang Rembau, melupakan perbezaan politik.

Mereka membantu menyelamatkan penyokong Umno yang terlibat dalam kemalangan bas kira-kira jam 4 pagi tadi sementara menunggu ambulans dan bomba tiba di lokasi kejadian.

Mereka diketuai Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Baharin atau Chegubard yang juga ketua cabang KEADILAN Rembau.

Kemalangan dipercayai berlaku berhampiran susur keluar Plaza Tol Rasah membabitkan dua bas yang membawa penyokong Umno Terengganu ke perhimpunan di Bukit Jalil.

Bas itu dikenal pasti membawa penyokong Umno berdasarkan pelekat berlogo parti pemerintah pada kenderaan berkenaan.
Mengikut Badrul Hisham, bas berkenaan dikatakan melanggar belakang lori yang bergerak perlahan, menyebabkan sebahagian mangsa tercampak.

“Ambulan dan bomba baru tiba. Ada yang tercampak keluar bas. Kami antara yang membantu juga panik banyak darah. Banyak bas Umno lain turut berhenti,” tulisnya melalui twitter.
Beliau menyedari kemalangan itu ketika pulang dari program Pakatan Rakyat di Johor.

Sebaliknya, mereka dimaki hamun kerana mempertikai bas berkenaan  dinaiki penyokong  Umno tetapi ditempelak Chegubard: “Ya kami lawan dan benci Umno tapi peribadi kemanusiaan kami tak hilang…”
KeadilanDaily

Ulasan

  1. Tahniah Chegu Bard... Bukan macam polis anjing umno tu...

    BalasPadam
  2. Chegubard: “Ya kami lawan dan benci Umno tapi peribadi kemanusiaan kami tak hilang…”itu dia perbezaan antara umno dan pr.ahli pr tinggi sifat perikemanusiaannya tapi sayang sejuta kali sayang ahli umno masih ada lagikah sifat perikemanusiaannya......??

    BalasPadam
  3. Chegubard: “Ya kami lawan dan benci Umno tapi peribadi kemanusiaan kami tak hilang…”itu dia perbezaan antara umno dan pr.ahli pr tinggi sifat perikemanusiaannya tapi sayang sejuta kali sayang ahli umno masih ada lagikah sifat perikemanusiaannya......??

    hahah..kene kencing la korang ngan si bard ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..