Langkau ke kandungan utama

Rakyat Malaysia diiktiraf dunia

Rakyat Malaysia diiktiraf dunia
Ketua Pegawai Teknologi, Muhd Azrainuddin (dua, kiri) selepas menerima anugerah daripada penganjur ekspo, William Ng. Turut hadir, Ketua Pegawai Pengurusannya, Nur Ezdiani Baharoddin dan Ketua Pegawai Eksekutif DinarDirham, Stelian Balta (dua, kanan).

MUHD Azrainuddin Zainal yang menerajui inovasi DinarDirham, mengharumkan nama Malaysia apabila diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai Penyedia Teknologi Kewangan Emas Paling Inovatif.

Beliau menerima anugerah itu semalam, di The China Forex Expo di Shenzhen, China, yang dihadiri ribuan pakar dan organisasi terlibat dalam industri teknologi kewangan.

Muhd Azrainuddin selaku pengasas DinarDirham, menerangkan DinarDirham adalah inovasi pertama di dunia yang belum pernah dibangunkan atau diguna pakai oleh mana-mana pihak sebelum ini.

“Ia dapat menyelesaikan pelbagai isu dan masalah timbul melalui transaksi yang telus, yang menggunakan teknologi blockchain," kata anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu.

Teknologi blockchain masih dianggap baharu di Malaysia dan inovasi DinarDirham belum diguna pakai di Malaysia, bahkan di peringkat global sekali pun.


Ini membuktikan anak tempatan mampu menghasilkan inovasi yang diiktiraf dunia, malah boleh menandingi kemampuan pakar dalam bidang itu di peringkat global.

Katanya, banyak pihak mula bertanya adakah Malaysia bersedia menerima inovasi itu dan apakah kerajaan Malaysia peka serta mahir dengan teknologi tersebut.

Menurutnya, inovasi itu sangat berguna kerana melaluinya, pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu katanya, kerajaan Malaysia disaran membuktikan setiap inovasi yang beri manfaat kepada rakyat harus diketengah dan dibangunkan dengan lebih sistematik serta berkesan supaya semua pihak berkaitan mendapat faedah menerusinya.

Muhd Azrainuddin yang lebih dikenali sebagai Arai Ezzra berkata, DinarDirham menyasarkan kewujudan 1,200 peluang pekerjaan bagi membantu pembangunan modal insan di Malaysia.
Beliau juga menyasarkan pembukaan 100 cawangannya di Malaysia menjelang 2020 untuk mengembangkan operasi.

Blockchain adalah inovasi teknologi terkini yang semakin mendapat sambutan dan diguna pakai pelbagai organisasi terkemuka antarabangsa.

Katanya, blockchain adalah rekod atau lejar umum yang dikongsi oleh banyak pihak. Rekod itu hanya boleh diubahsuai setelah mendapat persetujuan majoriti pihak terlibat dalam sistem tersebut.
Teknologi blockchain mula dihasilkan pada 2008 dan dilaksana pada 2009. Ia adalah revolusi teknologi yang mengutamakan ketelusan bagi setiap transaksi.

Teknologi itu berupaya diguna melalui pelbagai aplikasi, termasuk sistem pembayaran, mata wang digital, penemuan saintifik dan sistem undian.

Katanya, majoriti produk blockchain masih dalam peringkat prototaip tetapi DinarDirham sedia mempunyai produk untuk dipasarkan dan diguna pakai pengguna.

“Anugerah ini menunjukkan produk kami dapat pengiktirafan di negara kuasa besar seperti China,” katanya.

Sinar Harian
Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

Ulasan