SELARAS dengan populariti Facebook di kalangan usahawan-usahawan tempatan yang menggunakan pengiklanan Facebook dalam perniagaan, melonjakkan lagi nama Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai Sifu Jamal.
Anak kelahiran Temerloh, Pahang ini memulakan langkah dalam dunia pemasaran dan pengiklanan internet apabila mendapat inspirasi daripada ikon jutawan internet, Irfan Khairi pada akhir 2008.
Jamal yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, pada mulanya dia menjadikan perniagaan internet ini secara sambilan ketika masih bekerja sebagai jurutera awam di Jabatan Kerja Raya (JKR).
Selepas membaca sebuah artikel berkaitan perniagaan internet itu, dia mula mencubanya.
“Namun, saya tidak ada modal untuk menjual produk, jadi saya bermula dengan menghasilkan e-book dalam genre panduan suami isteri.
“Ketika itu saya baru sahaja berkahwin sebab itulah datangnya idea untuk saya keluarkan e-book tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, pada mulanya, dia tidak mempunyai pembeli walaupun telah dua minggu menjual e-book itu menerusi laman web dengan hanya RM30.
Tidak mudah berputus asa, Jamal tetap yakin e-booknya itu pasti akan mempunyai pembeli sendiri kelak.
Akhirnya, doa Jamal termakbul apabila memperoleh pembeli yang pertama dan jualan e-booknya semakin meningkat saban hari.
Bermula daripada itu, Jamal kembali yakin dan melihat peluang yang cerah dalam perniagaan tersebut sehingga dia membuat keputusan untuk berkecimpung secara serius bermula April 2010.
Bergerak dengan lebih agresif, Jamal terus menghasilkan e-book keduanya, Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan pada 2009 dan begitu mendapat sambutan sehinggalah kini, walaupun hak miliknya telah bertukar tangan.
Sepanjang penglibatannya dalam bisnes internet, Jamal mempunyai tujuh e-book sendiri dan kerjasama beberapa syarikat lain.
Pernah dipandang rendah
Jamal mengakui meninggalkan pekerjaan dan rakan-rakan yang telah empat tahun sama-sama bekerja sememangnya menyedihkan tetapi dia tetap nekad untuk berhenti kerja.
“Ketika saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja, saya menerima pelbagai pandangan daripada rakan-rakan sekerja.
“Ada yang seolah-olah memperlekeh dan memandang rendah tentang perniagaan e-book sama ada mampu pergi jauh atau tidak,” katanya.
Rentetan itu, Jamal sedikit ‘down’ kerana ada yang memperkecilkan hasratnya. Namun, dia tetap menggenggam impian untuk menjadi usahawan internet berjaya pada suatu hari nanti.
Berkat semangat rakan-rakannya yang lain, Jamal kembali positif dengan keputusan itu.
Selain e-book, dia juga aktif sebagai usahawan produk digital iaitu Quran Digital, usahawan produk fizikal, pemasaran affiliate dan blogger.
Bercerita tentang perjalanan hidupnya, Jamal berkata, dia sememangnya merupakan seorang yang minat berniaga.
Dia mula berniaga sejak di awal bangku sekolah lagi dengan menjual kacang dan gula-gula di Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Lalang, Pahang.
Apabila tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Jamal juga telah mula aktif berniaga pakaian terpakai. Apabila menyambung pelajaran di UiTM, dia turut berniaga dengan menjual kad tambah nilai, jersi dan ketika cuti semester dia akan mengikut orang menjual durian, jam lelong dan tudung.
“Saya tidak gemar bercuti suka-suka. Saya lebih suka jika masa lapang itu diisi dengan benda yang berfaedah kerana cepat bosan.
“Alhamdulillah, walaupun sibuk berniaga, saya berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.5 ke atas dan mendapat pembiayaan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara percuma,” katanya.
Sebelum berkecimpung dalam dunia perniagaan, Jamal juga pernah bekerja sebagai buruh kasar pembinaan, berniaga nasi lemak, kerja sebagai buruh konkrit dan multi-level marketing (MLM).
Buat kajian Facebook Ads
Bermula 2011, Jamal banyak memberi fokus kepada Facebook Ads (FB Ads) sebagai medium pemasaran atas talian (online marketing) dengan menjual produk-produk fizikal seperti cermin mata, barangan bayi, baju jersi, baju pelikat, jam azan dan al-Quran digital.
Kemudian, Jamal menubuhkan syarikat, SifuFBads Sdn Bhd pada awal 2013 yang memfokuskan kepada latihan dan konsultasi dalam pemasaran internet.
Bermula dengan dua kakitangan, sehinggalah syarikat itu memiliki 12 kakitangan dalam masa setahun setengah ditubuhkan. Kini, sudah mencecah 30 orang dan bakal menjadi 40 kakitangan pada Disember ini.
Syarikat itu menyediakan latihan dan nasihat kepada peniaga-peniaga internet untuk mempelajari gaya dan teknik yang betul untuk berniaga di internet.
“Ketika itu memang tidak ramai membuka kelas latihan mengenai pemasaran internet. Dengan hanya kehadiran pelajar sebanyak 50 orang,
jumlah itu semakin bertambah menyebabkan saya terpaksa menyewa di Sungai Besi dan mengambil tiga pekerja sebagai pembantu.
“ Seminar pertama saya dihadiri 50 peserta, kemudian semakin b e r t amb a h kepada 70 dan 100 orang,” katanya dan memberitahu bayaran yuran RM70 seorang.
Bercerita tentang seminar dan kursus yang dianjurkannya, katanya, dia sentiasa mencari ruang dan peluang menambah ilmu serta memperbaiki silibus dalam setiap pengajaran kerana baginya, ilmu dalam bidang pemasaran internet sentiasa berubah.
Mengenai penglibatannya dalam pengiklanan Facebook, Jamal berkata, dia melakukan kajian hampir enam bulan pada 2011.
Menurutnya, ketika itu, Facebook mula dikenali ramai sebagai medium jualan produk.
“Kajian itu dilakukan bagi mencuba terlebih dulu cara menjual pelbagai produk yang efektif sehingga akhirnya saya dapat menghasilkan silibus sendiri.
“Saya membuat kajian seperti gambar apa yang sesuai untuk meningkatkan jualan dan tajuk yang terbaik bagi menarik pelanggan, sekali gus membuahkan hasil dan menambah pendapatan peniaga,” katanya.
Lahir ramai alumni cemerlang
Jamal yakin SifuFBads mampu menjadi pilihan ramai pelajar dengan membina kredibiliti yang besar dan melahirkan ramai alumni yang berjaya menerusi pengiklanan di Facebook.
Kejayaan pelajarpelajar SifuFBads dalam membina jenama mereka dalam pasaran adalah bukti kejayaan syarikat SifuFBads.
“Sehingga kini, kami telah melahirkan ramai alumnialumni SifuFBads yang berjaya dalam pelbagai perniagaan dan jenama di pasaran tempatan.
“Antara jenama-jenama itu adalah Marshmallowscarf, Wasima Wafa (gel Amani), Mamadil, dan De’Xandra. Manakala, ikon yang turut menyertai seminar, antaranya adalah Fizo Omar dan Neelofa,” katanya.
Jamal juga bersyukur kerana seminar-seminar yang diadakan turut menarik ramai tokoh-tokoh dan individu yang terkenal di tanah air dan juga dari negara jiran, sekali gus meningkatkan lagi kepercayaan orang ramai menyertai program dianjurkan oleh syarikatnya pada masa akan datang.
“Antara tokoh yang berkolaborasi dengan kami ketika seminar ialah Prof Muhaya, Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarah Urusan Karangkraf), dan juga Dr Ary Ginanjar (pengasas ESQ). Yang terbaru, Datuk Seri Vida turut mendapatkan konsultasi dan latihan dari SifuFBads,” katanya.
Menurutnya, dia mendapat kepuasan apabila berkongsi pengetahuan dengan ramai orang menerusi kelas pemasaran dan pengiklanan ini.
Dia juga mengakui kejayaan peningkatan jualan yang diperoleh oleh peserta selepas menghadiri kelas pemasarannya itu adalah antara perkara yang menggembirakannya.
“Saya gembira apabila mengetahui ada peserta yang mampu menjana pendapatan lima kali ganda. Ada juga yang sudah hampir gagal tetapi perniagaan meningkat semula apabila menggunakan pengiklanan di laman sosial,” katanya.
Fokus latihan korporat
Jamal berkata, dia membuat seminar pertama secara besar-besaran pada 2014 di Wisma MCA Kuala Lumpur dengan kehadiran 1,000 peserta.
“Daripada 1,000 peserta, meningkat kepada 1,300 peserta sehinggalah kepada 1,400 peserta pada peringkat awal dan akhirnya mencecah sehingga 2,000 hingga 2,500 peserta pada seminar seterusnya,” katanya.
Menurutnya, persaingan dalam penganjuran seminar pemasaran dan pengiklanan agak ramai di dalam pasaran tempatan tetapi jarang diadakan dalam skala yang besar.
“Mungkin kerana seminar yang besar memerlukan modal dan kos yang agak besar,” katanya.
Mengulas mengenai perancangan jangka panjang syarikatnya, Jamal berkata, SifuFBads mahu memberikan tumpuan kepada konsultasi dan latihan bersama syarikat korporat bermula tahun hadapan.
“Tahun ini kita sudah mula tetapi akan lebih agresif pada tahun hadapan.
“Kita akan buat dengan syarikat korporat,” katanya.
Menurutnya, syarikatnya juga akan menganjurkan seminar pertama di Indonesia pada awal tahun hadapan.
Katanya, pihaknya merancang untuk melantik francaisor pelatih di negara itu pada masa akan datang tetapi masih mengekalkan silibus yang disediakan oleh SifuFBads.
Bagi mengukuhkan lagi jenamanya, Jamal berkata, pihaknya akan membeli kira-kira 30 papan iklan bagi memperkenalkan lagi jenama SifuFBads kepada orang ramai.
Menurutnya, 10 papan iklan akan di pasang di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) serta selebihnya di sekitar Lembah Klang.
Sinar Harian Online

Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..