"AKU tolong jaga rumah orang, lepas itu aku bayar duit sewa bulan-bulan kepada pemilik rumah. Aku dapat apa, baik aku beli rumah sendiri,"
Demikian antara keluhan Mohd Firdaus Basiran yang menyebabkan dia nekad membeli rumah sendiri ketika berusia 25 tahun dengan gaji RM2,500 sebulan.
Dia beranggapan bahawa adalah merugikan sekiranya dia melaburkan wang bagi membayar rumah yang bukan miliknya.
Bermula dari situ, dia berusaha mendapatkan rumah yang bersesuaian dengan gajinya iaitu rumah subsale.
Ketika membeli rumah pertamanya, graduan Diploma Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, bekerja sebagai pegawai kredit di sebuah bank pertanian.Akhirnya, pada 2011, Mohd Firdaus membeli sebuah rumah tepi teres dua tingkat di Shah Alam bernilai RM180,000 dengan bayaran ansuran kepada bank kira-kira RM677 sebulan.
Kini, siapa sangka, Mohd Firdaus merupakan perunding hartanah sepenuh masa sejak 2015.
Mohd Firdaus berkata, permintaan terhadap pasaran hartanah yang semakin meningkat menyebabkan dia menceburi dunia hartanah.
Walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, dia yakin mampu bertahan dan berkhidmat kepada pembeli rumah di sekitar Selangor.
"Ketika saya bekerja dengan bank, saya akui ramai yang bertanya tentang tanah dan rumah.
"Dari situ saya sedar, ramai yang mahu memiliki tanah dan rumah sendiri tetapi tidak mempunyai pengetahuan cara untuk membelinya," kata anak bongsu daripada empat beradik ini.
Dia bermula sebagai suka-suka apabila dia mendaftar untuk ditemu duga secara sambilan.
Semuanya dek kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang telah terlibat lama dalam bidang hartanah.
"Saya hanya mahu berjinak-jinak untuk menjana pendapatan tambahan yang fleksibel dengan pendapatan yang terjamin, ini kerana, sebelum ini, saya pernah menyertai pelbagai jenis perniagaan tetapi masa menjadi kekangan.
"Oleh sebab itu, saya pilih menjadi perunding hartanah kerana masa lebih fleksibel," katanya.
Dalam tempoh empat bulan percubaan, Mohd Firdaus tidak menyangka dia dapat menjual tiga unit rumah dalam musim perayaan ketika itu.
Walaupun bukannya mudah untuk mendapatkan pembeli tetapi dia merasa seronok kerana dapat membantu orang ramai.
Melihat potensi dan minat dalam bidang itu, Mohd Firdaus meletakan jawatan dalam perbankan pada 2013.
Bermula daripada itu, Mohd Firdaus terus berusaha membantu golongan muda dengan menggalakkan mereka memiliki rumah seawal 25 tahun.
Kini, Mohd Firdaus menjual purata tiga unit rumah dalam sebulan dan kira-kira 46 unit rumah di sekitar Selangor sepanjang penglibatannya sebagai perunding hartanah.
"Saya memberi fokus kepada jualan rumah subsale yang bernilai RM300,000 ke bawah," katanya anak kelahiran Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor berusia 31 tahun itu.
Tahun lalu, berkat kegigihannya, Mohd Firdaus menerima anugerah Prestasi Jualan Terbaik 2016 oleh Nilai Hartanah Consultant Sdn Bhd.
Anugerah itu diterima menerusi kejayaannya apabila menjual 28 unit rumah pada tahun lalu.
Sinar Harian Online

Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..