37,732 syarikat dalam talian berdaftar dengan SSM

 SSM

 KUALA LUMPUR - Sebanyak 37,732 syarikat dalam talian telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga 31 Julai lepas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kawal Selia dan Penguatkuasaan SSM, Nor Azimah Abdul Aziz berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding pada tahun 2015 iaitu hanya 6,862 syarikat dalam talian yang berdaftar dengan suruhanjaya itu.

"Kami yakin peningkatan jumlah ini adalah disebabkan pelbagai program dan seminar yang dianjurkan oleh SSM termasuk Karnival Rangkaian Usahawan Dalam Talian atau Online Networking Entrepreneurs (ONE) bagi memberi penerangan kepada orang ramai," katanya dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio, malam tadi.

Katanya, peniaga yang menganggap pendaftaran perniagaan tidak penting, seharusnya sedar bahawa selain mematuhi undang-undang perniagaan, ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna serta memudahkan permohonan pinjaman daripada pelbagai agensi kewangan.

"Perniagaan dalam talian bagi skala kecil juga tidak terkecuali untuk mendaftarkan perniagaan mereka walaupun jualannya tidak mendapat pulangan yang memberangsangkan.

"Perniagaan itu diklasifikasikan sebagai perniagaan mikro dan mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, jika perniagaan itu dijalankan lebih 30 hari dan secara berterusan maka peraturan untuk mendaftarkan perniagaan perlu dipatuhi," katanya.

Nor Azimah berkata, peniaga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan tidak mendaftarkan perniagaan.

Orang awam boleh membuat semakan status pendaftaran perniagaan melalui laman sesawang SSM di www.ssm.com.my.

Sinar Harian Online

HANYA RM55 SAHAJA, ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN!!! 

CARANYA, MEMBELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM 

CARANYA : 

BELI 1 LOT BERHARGA RM55 SAHAJA... 

1 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA AKAN DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA AKAN DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800,000.00 
2500 LOT ANDA AKAN DAPAT RM1,000,000.00 

ANDA SUDAH JADI JUTAWAN!!!!!!!!! 

MAKLUMAT LEBIH LAYARI : http://biz55.lot.my

Ulasan