Langkau ke kandungan utama

JUTAWAN TUDUNG NEELOFA AKAN BUKA LAGI KEDAI DI LUAR NEGARA

Neelofa
Neelofa

NH Prima International Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan jualannya di luar negara kepada RM15 juta pada tahun depan, dengan sokongan pembukaan kedai tidak lama lagi di London.

Pengarahnya, Noor Neelofa Mohd Noor, yang juga seorang pelakon dan pengacara TV berkata, syarikat meraih purata jualan di luar negara sebanyak RM5 juta melalui platform dalam taliannya.

"Saya harap kedai baharu di Chelsea, London, yang akan memulakan perniagaan pada bulan depan, akan meningkatkan lagi jualan kami di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mengenai 'CelebExports' di sini hari ini.

Pada masa ini, koleksi tudung Naelofar Hijab dijual dalam talian ke lebih 37 negara termasuk Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.

Noor Neelofa, atau lebih dikenali sebagai Neelofa, berkata pada tahun lepas, syarikat mencatat jualan sebanyak RM50 juta dengan pasaran antarabangsa menyumbang 10 peratus daripada perolehannya.
Diperkenalkan pada September 2014, koleksi tudung sedia dipakai Naelofar Hijab semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Noor Neelofa berkata, Matrade memainkan peranan penting dalam perniagaannya termasuk penubuhan kedai pertama syarikat itu di luar Malaysia.

Sinar Harian Online

HANYA MODAL BERMULA RM55.00 SAHAJA ANDA BOLEH MENJANA INCOME PASIF SETIAP BULAN. 

BELI SEKALI..UNTUNG BERKALI-KALI.

LIHAT ANDA BELI HARGA RM55.00 UNTUK 1 LOT.

1 LOT ANDA DAPAT RM400.00
2 LOT ANDA DAPAT RM800.00
10 LOT ANDA DAPAT RM4000.00
100 LOT ANDA DAPAT RM40,000.00
1000 LOT ANDA DAPAT RM400,000.00
2000 LOT ANDA DAPAT RM800,000.00
3000 LOT ANDA DAPAT RM1,2000,000.00

BELILAH IKUT KEMAMPUAN ANDA RUJUK SINI 

Ulasan