‘Mat Tere’ ucap terima kasih kepada TMJ

‘Mat Tere’ ucap terima kasih kepada TMJ

KOTA BHARU - Lelaki yang dikenali dengan karakter lurus bendul, Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau ‘Mat Tere’ mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas layanan baik baginda kepadanya walaupun sebelum ini dia mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Institusi Diraja Johor menerusi rakaman video di Facebook.

“Alhamdullilah saya dilayan baik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun saya mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepadanya.

"Saya janji tidak akan mengulanginya lagi dan meminta semua orang tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dendang, Ketereh, di sini hari ini.

Menurutnya, pengalaman ditahan dan tinggal dalam penjara juga cukup menginsafkannya dan dia berjanji tidak akan melakukan perkara seumpama itu lagi jika di suruh oleh pihak tertentu.

“Saya tak kenal dengan orang yang suruh saya buat video tu. Cuma saya tahu dia ada dua orang. Saya harap lepas ini ‘ore’ (orang) tidak ambil kesempatan pada saya lagi.

“Cukuplah, saya tak mahu lagi buat macam tu. Apa pun saya mintak maaf banyak-banyak dan malam ni saya nk solat hajat mohon panjang umur dan murah rezeki lepas solat Isyak,”katanya.

‘Mat Tere’ bagaimanapun dilihat masih dalam keadaan sugul dan tidak banyak bercakap namun riak wajahnya menunjukkan yang beliau amat bersyukur dibebaskan.

Sinar Harian Online

http://www.kelabsimkad.com/kelab/pelan-pemasaran/

Ulasan

  1. artikel nya bagus gan :)
    jangan lupa kunjungi website kami, salam terhangat dari kami INTERIOR JAKARTA :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..