bersama 5 buah negara

KeUnikan Latar Belakang Syarikat Kukuh dan Stabil Tersenarai Di Bursa Malaysia Memiliki Bangunan Korporat Sendiri Kumpulan Perniagaan Yang Kukuh Berkonsepkan Produk Semulajadi Kenali Dunia Kami
EcoFirst Products Sdn Bhd adalah ahli eksklusif komuniti perniagaan korporat yang kearifan keusahawanannya diiktiraf lebih 20 tahun berdasarkan pengalaman menerajui pelbagai perniagaan berinovatif dan cemerlang.
Berasaskan sejarah pengalaman kami dalam bidang keusahawanan, EcoFirst Products Sdn Bhd kini bersedia melangkah ke fasa pertumbuhan yang seterusnya dengan menceburi bidang perniagaan yang sedang pesat membangun ketika ini, iaitu pemasaran berperingkat atau MLM. Ini merupakan daya usaha kami untuk menjadi pengilang dan pengedar yang menerajui rangkaian produk nutraseutikal, makanan kesihatan, penjagaan pelanggan dan perkhidmatan yang revolusioner.
EcoFirst Products Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh EcoFirst Consolidated Bhd, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 1984 dan mempunyai potfolio pelaburan yang pelbagai di Malaysia dan beberapa negara Asia. Aktiviti utamanya termasuk bioteknologi agro, peladangan agro, ladang kelapa sawit, pembangunan hartanah, pengilangan dan pembinaan.
Menerusi kepakaran kami dalam bidang kajian dan pembangunan bioteknologi agro dan sains organik, kami ingin berkongsi ilmu pengetahuan ini untuk manfaat para pengguna.
Rangkaian produk kami yang berkualiti adalah berasaskan rumusan termaju dan ramuan semula jadi yang direka khas untuk pasaran terpilih yang mementingkan hasil unggul, tanpa kompromi. Kami turut berkomited untuk menyediakan peluang yang tiada bandingannya serta memuaskan para pengedar dengan memperuntukkan sumber bagi membangunkan pelan pampasan dan penghargaan berinovatif khas untuk rangkaian pengedaran kami.
Ringkasnya, kami berkomited kepada misi kami untuk menjadi jenama gaya hidup dinamik yang berdedikasi untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan moden orang ramai di mana jua. Klik imej di bawah untuk melihat lebih mendalam suasana pejabat kami di EcoFirst Products tingkat 4 Menara Summit USJ.

Menara Summit USJ adalah pusat operasi EcoFirst Consolidated Bhd dan kesemua anak syarikatnya termasuklah EcoFirst Products Sdn Bhd. Ia terletak di lokasi yang sangat strategik untuk perniagaan dan juga riadah, cuma 30 minit perjalanan daripada KLIA, dan anda boleh menggunakan beberapa lebuh raya utama untuk sampai ke situ daripada sebarang lokasi di Kuala Lumpur atauSelangor. Bersebelahan menara pejabat Menara Summit adalah The Summit Complex USJ, yang dimiliki oleh Meda Inc Bhd, sebuah syarikat bersekutu EcoFirst Consolidated. Kompleks ini mempunyai pelbagai aktiviti peruncitan dan rekreasi untuk penduduk bandar dan juga para pelawat. Antara yang utama termasuk GSC Cineplex dengan 10 skrin, arked, bowling, gim memanjat dalaman serta francais Fitness First. Restauran pula terdiri daripada makanan segera, francais dan cafes. 10 minit berjalan dari Menara Summit anda akan bertemu Hotel Summit, yang merupakan hotel 4 bintang yang dilengkapi 333 bilik kelas perniagaan..



klik disini untuk keterangan lanjut

Ulasan