Langkau ke kandungan utama

Majlis Peguam: Warta tempat khas untuk perhimpunan awam

Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman
Suasana di Stadium Merdeka yang menjadi lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat.
 
KUALA LUMPUR - Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menyarankan agar kerajaan mewartakan satu tempat untuk mengadakan perhimpunan awam dalam usaha memastikan ia berjalan secara aman.

Katanya, perkara itu juga bakal mencerminkan tindakan kerajaan dalam mematuhi hak kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga berkata, Akta Perhimpunan Aman perlu dikaji semula bagi memasukkan pindaan yang dicadang oleh Majlis Peguam.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata pindaan itu akan menjadikan undang-undang tersebut lebih progresif.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih perlu mewarta mana-mana tempat sebagai venue untuk mengadakan perhimpunan awam.

"Tempat itu ialah di mana perhimpunan boleh diadakan tanpa sebarang keperluan untuk pemberitahuan awal, atau mendapat keizinan pemilik atau penghuninya," katanya.

Sementara itu, dalam pembentangan bertajuk 'National Harmony: To Be Nurtured By Leadership and Not Compelled By Legislation' pada Persidangan Transformasi

Perundangan Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi hari ini, Chee Wee berkata, dalam kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia, kerajaan telah mengiktiraf keperluan memperkukuh perpaduan nasional.

"Bagi mencapai objektif ini, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan undang-undang tidak popular seperti Akta Hasutan, yang pada mulanya diganti dengan Akta Perhubungan Kaum dan kini oleh Akta Keharmonian Nasional.

"Hari ini dan esok menyediakan peluang lebih baik untuk menggambarkan cara melindungi serta menggalakkan perhubungan antara kaum yang seimbang berbanding kebebasan bersuara," katanya.

Beliau juga berkata hubungan antara kaum bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh ditangani dengan sekadar menggubal undang-undang. - Bernama

Ulasan