KETIKA
usianya 19 tahun, Muhammad Zukermi Edi didakwa dan dihukum buang daerah
mengikut Ordinan Darurat atas kesalahan menyertai kongsi gelap. Bermula saat
itu, daerah Rembau, Negeri Sembilan menjadi saksi kisah menarik remaja ini.
Sepanjang
tempoh dua tahun, Muhammad Zukermi, kini 25 tahun, tidak dibenarkan
meninggalkan daerah Rembau dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan
dua kali dalam seminggu.
Tidak
cukup dengan dihukum buang daerah, keadaan hidup Muhammad Zukermi bertambah
perit apabila keluarga sendiri di Puchong, Selangor mengambil keputusan untuk
tidak lagi berhubung dengannya. Di Rembau, kehidupan anak muda itu tidak tentu
arah. Dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan.
Tidak
ubah seperti gelandangan, setiap hari dia menumpang beg pakaiannya di sebuah
kedai makan di pekan Rembau. Bila malam berlabuh, dia mencari kawasan seperti
stesen bas atau surau untuk melelapkan mata.
Sepanjang
dua tahun yang hitam itu juga, masyarakat sekeliling di pekan itu memandang
serong terhadap Muhammad Zukermi kerana mereka mengetahui dia sedang menjalani
hukuman buang daerah.
Namun,
dia keraskan juga hati melalui hari-hari mendatang dengan penuh keinsafan dan
harapan agar suatu hari nanti, kehidupannya berubah menjadi lebih baik.
Anak muda
yang berasal dari Puchong itu kembali ke ibu negara sebaik sahaja tamat tempoh
hukuman. Dia kemudian menjalani kehidupan di celah-celah kesibukan Kuala Lumpur
dengan melakukan pelbagai kerja termasuk menjaga parkir kereta.
Tidak
kekok berkongsi kehidupan hitamnya, Muhammad Zukermi berkata, Bukit Bintang
bukan suatu kawasan yang asing buat dirinya. Dia pernah menghabiskan masa
remajanya seawal usia 14 tahun di sekitar tempat itu dengan terlibat dalam
aktiviti kurang sihat termasuk mencuri.
Namun
kehidupan di ibu negara dirasakannya begitu sukar untuk ditempuh, lalu dia
kembali ke Rembau. Satu hari ketika melepak di kafe siber, Muhammad Zukermi
mendapat ilham iaitu menjual barang secara dalam talian (online). Dia mula
menjual produk kesihatan dengan mengiklankannya di laman sosial.
Sebaik
sahaja menerima tempahan, Muhammad Zukermi mendapatkan produk yang dipesan itu,
dan mengeposnya kepada pelanggan. Hasilnya, dia menerima tidak kurang tiga
pelanggan setiap hari bermula dari saat itu.
Produk pertama
yang dijual ketika itu merupakan barangan kesihatan lelaki. Apabila mendapat
sambutan, Muhammad Zukermi mula menjual sabun anti jerawat.
Allah itu
Maha Pemurah. Apabila hambanya berusaha, maka akan dianugerahkan rezeki
melimpah ruah. Itu jugalah yang terjadi kepada Muhammad Zukermi. Sabun anti
jerawat yang dijualnya mendapat sambutan hangat. Justeru, dia mula menjual
sabun itu atas jenamanya sendiri, MZ Secret Soap.
Setelah
perniagaan dalam taliannya semakin berjaya, dia lantas teringat ibu bapanya.
Dia kemudian pulang bertemu mereka dengan memandu kereta pertama yang
dibelinya, Proton Perdana.
“Pada
mulanya, ibu bapa saya langsung tidak percaya saya pulang dengan kereta
sendiri. Malah mereka ingat saya dapat duit banyak kerana jual dadah. Tetapi
apabila saya katakan saya jual sabun dan menunjukkan kisah saya di keratan
akhbar, mereka lega dan percaya.
“Malah
mereka datang melawat saya di pejabat. Syukur hubungan saya dan keluarga kini
sudah baik. Malah mereka juga menjadi pendorong semangat saya untuk terus
berjaya di bidang ini,” katanya ketika ditemui S2 di pejabatnya di Seremban,
Negeri Sembilan.
Siapa
sangka anak muda yang dahulunya pernah digelar budak jahat kerana seringkali
terlibat dengan masalah sosial kini berubah menjadi seorang usahawan online
yang berjaya dengan pendapatan enam angka.
Falsafah
hidupnya setelah berjaya adalah mudah. Setiap hari, dia akan cuba ingatkan
kembali titik hitam dalam hidupnya supaya tidak tenggelam dalam kesenangan dan
kejayaan yang dikecapi kini.
Ujarnya,
perasaan syukur kepada Allah merupakan perkara utama perlu melekat dalam hati
agar diri tidak mudah terleka dan alpa dengan nikmat dunia.
Muhammad
Zukermi tidak malu untuk berkongsi kisah hidupnya terutama di laman sosial
seperti Facebook kerana mahu menjadi inspirasi buat anak-anak muda yang
mempunyai impian, namun masih tidak melihat ‘jalan’ atau peluang.
Masih
terngiang-ngiang kata-kata yang pernah dihambur kepadanya suatu ketika dahulu.
“Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri sahaja, jangan nak berangan sangatlah.
Budak tak guna!”. Kata-kata itu, sebenarnya menjadi pendorong yang menguatkan
lagi azam anak muda ini untuk terus berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Melalui
syarikatnya, MZ Secret Sdn. Bhd., Muhammad Zukermi kini memasarkan produk
keluaran sendiri melalui online. Selain sabun anti jerawat, syarikatnya kini
mengembangkan lagi beberapa produk termasuk yang terbaharu, Azanis Scar Serum
yang dikeluarkan bersama rakan kongsi yang juga isterinya, Nur Azianis
Zulkifli.
Selain
itu, niatnya untuk membantu para usahawan bisnes online juga diteruskan dengan
melancarkan produk sistem data pangkalan pelanggan bagi memudahkan para peniaga
menguruskan perniagaan dalam talian mereka dengan lebih tersusun dan teratur.
Katanya,
produk sistem data pelanggan itu dijual serendah RM99 berbanding yang sedia ada
di pasaran yang mencecah ribuan ringgit.
Buat Wang Banyak Dengan Membeli Lot Iklan Biz55DotCom
BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM
HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT
PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM
1 LOT AKAN DAPAT RM400
2 LOT AKAN DAPAT RM800
10 LOT AKAN DAPAT RM4000
100 LOT AKAN DAPAT RM40,000
DAN SETERUSNYA..
JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00
BERMINAT
BOLEH LAYARI
http://biz55.lot.my
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..