Langkau ke kandungan utama

Ziana Zain mahu jadi ibu, usahawan sukses

Ziana Zain

HAMPIR tiga dekad dalam dunia seni, Ziana Zain atau nama lengkapnya, Siti Roziana Zain ini kekal berada dalam ‘liganya’ yang tersendiri. 

Datanglah seramai mana pun pendatang baru, namun penghibur yang yang satu ini terus kekal diingati dan dihormati.

Mengakui bukan mudah untuk terus mengekalkan momentum tersebut, Ziana memberitahu MH, dia berterima kasih kepada peminat setia yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan kerjayanya.

Bagi Ziana, tiada apa lebih membahagiakan dirinya selain dapat melakukan apa diminatinya, berkat restu ibu bapa, keluarga dan peminat. 

“Alhamdulillah, peminat masih ada bersama saya. Meski tiada sebarang single atau filem baru, namun mereka kekal setia menyokong. 

“Terharu dan gembira kerana secara tidak langsung, ia beri refleksi bahawa peminat sukakan kita bukan kerana produk seni semata-mata.

 “Sebaliknya, saya percaya kalau kita jujur dalam apa yang dilakukan, sudah pasti mereka akan terus setia bersama walau apa pun yang terjadi,” akui Ziana ketika ditemui pada majlis ramah mesra Ziana Zain bersama peminat dan Majlis Penutupan Jameela Street Riang Ria Raya Promo di Sacc Mall, Shah Alam minggu lalu.


Serius berniaga 

Bercerita perkembangan terkininya, penghibur yang sinonim dengan lagu Anggapanmu dan Puncak Kasih itu memberitahu, dia kini mahu fokus peniagaan tudung atas jenamanya sendiri iaitu Gee Shawl by Ziana Zain’s World  yang dimulakannya setahun lalu.

“Ya, saya memang serius berniaga. Kebetulan saya kini sudah pun berhijab. Jadi rasanya ini ruang terbaik untuk saya memulakan sesuatu yang menjadi minat saya ketika ini, iaitu menjadi usahawan kecil-kecilan. 

“Syukur, meski bisnes ini masih lagi baru, namun maklum balas dan awareness yang diterima untuk cukup memberangsangkan. Terima kasih juga buat Jameela Street kerana beri ruang buat saya untuk memperkenalkan jenama ini dengan lebih meluas,” katanya gembira.

Ditanya sejauh mana penglibatan diva ini dalam bisnes tudungnya itu, Ziana memberitahu,dia tidak lokek turun padang hingga ke India demi mencari material terbaik untuk koleksi tudung jenamanya itu. Saya mahukan yang terbaik dan sendiri memilih warna, corak dan fabriknya. 

“Semuanya daripada kaca mata sendiri dan ia eksklusif kerana setiap rangkaian yang dikeluarkan adalah terhad kerana mahu pembeli turut merasai nilai eksklusif bila memakainya,” terang Ziana mengenai misinya dalam perniagaan.

“Cuma apa yang boleh saya cakap, bila terjun dalam dunia bisnes, ia bukan senang. Jauh bezanya dengan nyanyian dan lakonan. “Bila berniaga, kita perlu fikir semua aspek dengan lebih terperinci, termasuklah hal melibatkan pengurusan.

“Apa pun, saya cuba yang terbaik dan harapnya pembeli berpuas hati,” tambah Ziana optimis.

Pantau aktiviti anak

Dalam perkembangan lain, Ziana menambah, meskipun sibuk berniaga, namun itu tidak bermakna dia memandang enteng soal pengurusan keluarga, khususnya anak-anak.
“Mereka sedang membesar, menuju ke fasa remaja yang kita semua tahu, menjaga anak meningkat remaja ini bukan mudah. Jadinya, komitmen terhadap dunia seni, terpaksa dikurangkan demi memberi perhatian pada keluarga.

“Tawaran berlakon itu ada termasuk daripada Datuk Yusof Haslam sendiri, tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik kerana takut tidak boleh memberi komitmen.
“Saya mahu melihat anak-anak membesar di depan mata. Lalu, saya perlu pantau apa yang mereka buat, contohnya dalam soal melibatkan media sosial.

“Anak-anak tidak minat main dan tidak ada akaun Instagram, FB dan sebagainya. Cuma mereka main games atas talian saja. Itu pun, saya tanya juga permainan apa yang mereka mainkan. Bimbang nanti mereka buat yang bukan-bukan.

“Kalau dalam seni pula, mereka tidak tunjukkan minat serius. Kalau ada pun, mereka hanya suka dengar lagu. Kasih saja kadang-kadang cenderung minat dalam seni,” jelas Ziana.

Sinar Harian Online

Ulasan

  1. Assalamulaikum admin,

    Sudi ke kalau kita link blog sama2.
    Kalau diterima harap beri tau saya.

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Terima kasih.

    BalasPadam

Catat Komen

Ulaslah Yang Terbaik..

Catatan Minggu lepas popular

Menjadi Hamba Seks, Jutawan Kosmetik Jadi Tumpuan Ramai

Biodata Hanni Borhan jutawan kosmetik Jamu Susuk Dara dijadikan hamba seks oleh suami. Facebook Dato Seri Hanni Borhan mengemparkan ramai pengguna laman sosial apabila beliau meluahkan masalah rumah tangga kepada umum. Menerusi luahannya dilaman sosial, Hanni Borhan kecewa dengan sikap suaminya yang hanya menjadikan beliau sebagai hamba seks dan juga tempat pengeluaran duit seperti mesin ATM. Lebih teruk lagi, suami Hanni Borhan yang dikenali sebagai remi turut terjerumus ke dalam penagihan dadah. Kisah perit Hanni Borhan kini mendapat perhatian dan sokongan moral oleh ramai pembaca yang mengikuti perkembangannya dilaman sosial.


Biodata Hanni Borhan Jutawan Dijadikan Hamba Seks Suami

Nama Penuh: Hanni Binti Borhan

Umur: 27 Tahun

Asal: Klang Selangor

Pekerjaan: Ahli perniagaan dan pengasas produk Jamu Susuk Dara (JSD)

Nama Suami: Remi

Gelaran Pangkat: Dato Seri

Tahun Perkahwinan: 23 November 2012

Bilangan anak: 3 orang

Facebook: https://www.facebook.com/borhan.hanni

Produk Hanni Borhan Pengasas …

Dari penjual burger, kini miliki kilang sendiri

Mohd Izzuddin dan isteri bersama produk patty burger keluaran mereka KIRA-kira 20 tahun lalu, dia hanya seorang peniaga burger di sebuah gerai di tepi jalan berhampiran sebuah kolej di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.
Baginya, perniagaan gerai burger yang diusahakan ketika itu lebih daripada sebagai sumber pendapatan kerana dia turut mencari pengalaman berdepan selok-belok perniagaan demi mencapai wawasan masa depannya untuk bergelar seorang usahawan. Kini Mohd Izzuddin Mohamed, 41, berada di landasan tepat dalam merangka arah tuju wawasannya itu apabila dia berjaya mengembangkan perniagaan daripada peniaga burger biasa kepada perniagaan francais jenamanya sendiri, Akie Burger, di bawah Program Pra Francais Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Dia yang berpandangan jauh ke depan dalam perniagaan pada mulanya membuka beberapa gerai burger di sekitar Kuantan yang diuruskan sendiri pada 2009 sebelum mengambil keputusan membuat sendiri patty burger untuk kegunaan gerainya. Ketika itu dia hany…

KOLEKSI LAGU RAYA DI BLOG TONE AMRI

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai
yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah: 1. Waktu bisnes
Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu Bisnes offline: waktu perniagaan terhad. 2. Kos overhead
Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda. Bisnes offline: ko…

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya