Langkau ke kandungan utama

Guru tertipu skim pelaburan dijanjikan jiran


KUANTAN- Seorang guru wanita membuat laporan polis terhadap pasangan suami isteri yang juga jirannya selepas rasa tertipu dalam urusan pelaburan crypto-coin yang disertai melalui pasangan sejak tahun lalu.


Wanita berusia 57 tahun dari Lipis itu bertindak demikian bagi menuntut kembali wang pelaburannya berjumlah RM18,000 daripada pasangan berusia 60 dan 62 tahun itu kerana mendakwa langsung tidak menerima sebarang keuntungan hasil pelaburan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang juga pengadu dalam kes itu sudah bersemuka dengan jirannya (penama) bagi menuntut wangnya kembali namun mereka gagal memulangkan balik dengan alasan wang pelaburan sudah berada dalam sistem.


Menurutnya, guru berkenaan diperkenalkan tentang skim pelaburan tersebut oleh jirannya (isteri) pada September tahun lalu dan dipelawa untuk menyertai pelaburan yang kononnya menjanjikan keuntungan lumayan yang diuruskan suaminya.

“Pengadu mendakwa dia ada diterangkan oleh jirannya (suami) berhubung empat skim pelaburan crypto-coin yang disediakan dengan pulangan keuntungan lumayan dan dia dicadangkan supaya menyertai salah satu skim tersebut melalui dua akaun dengan nilai pelaburan RM18,000.

“Bagaimanapun pengadu hanya ditunjukkan risalah tentang skim pelaburan itu tanpa dikemukakan dokumen pengesahan pelaburan daripada syarikat pelaburan tersebut malah dia turut didesak supaya memberi butiran kad pengenalan untuk pendaftaran,” katanya.

Mohd Wazir berkata, pengadu mendakwa dipujuk agar menyertai pelaburan tersebut untuk merebut keuntungan lumayan seperti mana yang dikecapi peserta lain termasuk ahli keluarga penama sendiri.

“Selepas pengadu memberikan maklumat peribadinya, penama telah membuka dua akaun atas nama wanita itu tanpa kebenaran dengan mendahului wangnya sebanyak RM18,000,” katanya.

“Awal tahun ini, mangsa menemui jirannya itu untuk bertanyakan perkembangan pelaburan tersebut kerana dia tidak mendapat sebarang keuntungan dalam tempoh 30 hari sepertimana yang dijanjikan,” katanya.

“Ekoran daripada itu, mangsa meminta agar wangnya dipulangkan namun lelaki tersebut enggan berbuat demikian dengan alasan wang tersebut berada di dalam sistem memaksa pengadu membuat tuntutan melalui peguam bagi menuntut wangnya balik,” katanya.

Beliau berkata, masalah itu gagal diselesaikan memaksa pengadu tampil membuat laporan polis semalam dan kes ini dibuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian Online

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

NASIHAT USTAZ NI TENTANG VIRUS COVID 19

Nak dengar ulasannya bolehKLIK LINK SINI

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai
yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah: 1. Waktu bisnes
Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu Bisnes offline: waktu perniagaan terhad. 2. Kos overhead
Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda. Bisnes offline: ko…

Ceramah Mat Sabu Terbaru!! 3/4/2011(video)

Mat Sabu: Siapa Yang Mengkhianati Hartanah Ekuiti Orang Melayu?





Pengasas BURGER Ramly hanya pemotong daging di sebuah pasaraya kini menjadi Jutawan

BURGER Ramly merupakan produk Bumiputera yang popular di negara ini, dimiliki dan diasaskan pada 1979 oleh pasangan suami isteri, Ramly Mokni dan Shala Siah Abdul Manap.

Pada asalnya, Ramly Mokni hanyalah seorang pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota awal 70-an, yang mana ketika itu kebanyakan makanan sejuk beku tidak dapat dipastikan status halalnya.
Menyedari masalah itu, Ramly mengambil peluang menghasilkan makanan sejuk beku halal bagi memenuhi permintaan umat Islam di negara ini.

Walaupun berhadapan cabaran dan diperlekehkan segelintir pihak ketika awal penglibatan, Ramli tidak pernah berputus asa dan terus bersemangat mengembangkan perniagaannya.

Berbekalkan simpanan sendiri dan pinjaman oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad, membolehkannya mengorak langkah memajukan perniagaan sehingga berada di tahap hari ini.
Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan dengan hanya mengeluarkan daging burger sebanyak 300 keping sehari, kini Burger Raml…

Dulu jurutera, kini Sifu FB Ads

Jamal (duduk, dua kanan) bersama Hussamuddin (duduk, tiga kanan) ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

SELARAS dengan populariti Facebook di kalangan usahawan-usahawan tempatan yang menggunakan pengiklanan Facebook dalam perniagaan, melonjakkan lagi nama Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai Sifu Jamal.

Anak kelahiran Temerloh, Pahang ini memulakan langkah dalam dunia pemasaran dan pengiklanan internet apabila mendapat inspirasi daripada ikon jutawan internet, Irfan Khairi pada akhir 2008.

Jamal yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, pada mulanya dia menjadikan perniagaan internet ini secara sambilan ketika masih bekerja sebagai jurutera awam di Jabatan Kerja Raya (JKR).
Selepas membaca sebuah artikel berkaitan perniagaan internet itu, dia mula mencubanya.
“Namun, saya tidak ada modal untuk menjual produk, jadi saya bermula dengan menghasilkan e-book dalam genre panduan suami isteri.

“Ket…

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya