Bisnes Tune Talk Tone Excel (TTTE) ini telah wujud sejak dari tahun 2010 lagi, tapi ketika itu kurang mendapat sambutan kerana kurangnya kelebihan-kelebihan yang boleh ditawarkan untuk pengguna simkad ini berbanding pada ketika ini.
Pada ketika ini kelebihan-kelebihan yang boleh dinikmati oleh pengguna simkad TTTE ini sangat superb dan tak boleh ditandingi oleh mana-mana telco di Malaysia. Untuk menyertai bisnes Tune Talk Tone Excel syaratnya adalah dengan menjadi pengguna Simkad TTTE ini.
Yuran keahlian adalah RM95.40 seumur hidup. Apa kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi dengan menjadi pengguna beserta bayaran RM95.40 tersebut?
1. Ahli akan diberikan Simkad Tune Talk Tone Excel secara percuma beserta kredit RM30 tersedia dalam setiap simkad yang didaftarkan.
2. Setiap pengguna Simkad TTTE adalah layak untuk mendapat perlindungan insuran kemalangan diri bernilai RM100,000.00 secara percuma daripada Tune Insurance tanpa sebarang premium bulanan.
3. Setiap kali pengguna Simkad TTTE ini topup, pengguna akan diberi kredit percuma secara terus bergantung kepada nilai topup seperti berikut: Topup RM30 - Percuma 1GB Data (Valid 1 bulan) Topup RM50 - Percuma kredit RM20 = RM70 Topup RM100 - Percuma kredit RM40 = RM140