Langkau ke kandungan utama

RAMLY bakal jadi pesaing hebat produk McD

RAMLY Burger
 Iklan Penaja
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html
SHAH ALAM, 7 OGOS: Selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin, pengguna tempatan mula mengalihkan perhatian dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly.

Laman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.
Kebanyakan pelayar laman sosial memberikan respon positif terhadap perkara ini selain berkongsi gambar hidangan burger Ramly yang boleh didiapati di beberapa premisnya iaitu Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café.

Safrina Sulaiman Safri, berkata pengusaha produk tempatan perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menarik perhatian pengguna.

“Inilah masa terbaik local brands nak ambik kesempatan tarik hati pelanggan setia McD…keluarkan produk yang macam McD tapi local made (buatan tempatan). siap ada burger oblong lagi.
“Macam Radix Fried Chicken (RFC) dengan KFC tu…ok je…ramai orang beratur kat RFC tu nak makan,” katanya.

Namun, terdapat cadangan kepada premis Ramly supaya mempertingkatkan lagi perkhidmatan mereka kerana masyarakat tempatan sedia untuk memberikan sokongan terhadap produk terbabit.
“Kat Bukit Tinggi Klang ade satu outlet Ramly..pernah mkn..kena tingkatkan kualiti dengan kualiti servis,” cadang Syed Lan.

ramlyHarga hidangan yang ditawarkan juga sangat berpatutan dengan pelbagai pilihan yang sesuai untuk semua peringkat golongan, selian ditawarkan dalam set lengkap.

Ramly Food Processing Sdn Bhd mula diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Datuk Ramly Mokni dan Datin Shala Siah Abdul Manap hasil cetusan idea juga hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih serta bermutu.

Produk bumiputera itu terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Selangorkini

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

9 Langkah Terbaik Mulakan Bisnes Internet

Anda nak mula bisnes internet tapi tak tahu nak mula dari mana? Ni saya berikan anda 9 langkah cara nak mulakan bisnes internet… Saya sudah lihat ramai orang yang baru bermula berjaya kembangkan bisnes internet mereka dengan melakukan perkara berikut: Cari permintaan, masalah dan penyelesaian prospek.Tulis ayat jualan yang POWER.Bina website yang menarik dan mudah digunakan.Gunakan enjin carian untuk tarik trafik ke website anda.Gunakan media sosial untuk penjenamaan.Tingkatkan kredibiliti anda, jadi seorang yang pakar.Follow Up pelanggan anda menggunakan pemasaran emel.Tingkatkan jualan anda melalui Back-End Sales dan Upselling.Fokus dan konsisten. ok, anda dah tahu langkah-langkah yang perlu anda lakukan. Sekarang, saya akan jelaskan satu per satu langkah-langkah ini di bawah.. Langkah 1: Cari Permintaan, Masalah dan Penyelesaian Kebanyakkan kesalahan orang baru adalah mereka mencari produk dulu, kemudian baru pasaran. Untuk meningkatkan peluang anda untuk berjaya, mulakan dengan pa…

51 tokoh dapat anugerah Tan Sri

Seramai 51 individu dianugerahkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, hari ini. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dianugerahi darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.). Seramai 48 individu pula menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang turut membawa gelaran Tan Sri. Mereka ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wira Aziah Ali; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman. Turut menerima darjah kebesaran itu ialah bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff; Tengku Temenggong Kelantan, Datu…

Panas!! Datuk Alif Syukri Jutawan Terlajak laris Nak Bocor Rahsia Kejayaannya

Aliff Syukri LIHAT sahaja gambar di atas siapa sahaja yang tidak kenal dengan fenomena tag line 'terlajak laris'. Datuk Aliff Syukri pengasas syarikat terkemuka  D'Herbs Healthy Sdn Bhd dengan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan berdiri gah tidak hanya di dalam Malaysia malah turut mendapat liputan di luar negara.

Kejayaannya tidak terus bermula dari atas, tetapi beliau sendiri bermula dari bawah.
Berbekalkan azam yang kuat, beliau bermula dengan hanya menjual produk beliau sendiri kepada sahabat handai dan juga rakan-rakan sepejabat.

Tidak reti duduk diam, Aliff mengambil kesempatan  memasarkan produk beliau di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas pada masa terluang.

Dengan gaya tersendiri, produk beliau mendapat sambutan ramai justeru memikat hati pelanggan.
Syarikat D'Herbs berjaya ditubuhkan pada tahun 2010 dengan 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.

Pada masa itu bel…

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI