Langkau ke kandungan utama

ShopBack: Jualan Online terbesar di dunia 11 Nov ini!

ShopBack: Jualan Online terbesar di dunia 11 Nov ini!


KUALA LUMPUR – Platform pulangan tunai (Cashback) ShopBack menjangka jualan online terbesar di dunia pada 11 November ini yang dikenali sebagai ‘Singles Day’, akan meningkatkan jualan sekurang-kurangnya empat kali ganda kepada laman e-dagangnya di Malaysia.

“Dari kaji selidik online yang dijalankan baru-baru ini ke atas 2,000 responden di Malaysia, hampir 70 peratus darinya mengetahui tentang Singles Day, dan 90 peratus dari mereka akan membuat pembelian,” dedah Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi ShopBack Malaysia.

“Kami menyaksikan trafik web enam kali ganda lebih tinggi dari biasa, diarahkan ke laman rakan niaga kami pada 11.11 tahun lepas. Ia menghasilkan peningkatan jualan secara purata sebanyak 400 peratus.

Melihatkan kepada keinginan membeli-belah yang tinggi tahun ini, kami yakin akan mencapai 400 peratus nilai dagangan kasar (Gross Merchandise Value - GMV) sekali lagi bersama rakan niaga kami yang diterajui oleh Taobao, Tmall dan AliExpress dari kumpulan Alibaba,” tambah beliau.





Pembeli suka tawaran diskaun dan keutamaan kategori mereka berubah mengikut usia

Kaji selidik ini meliputi pandangan dari 2,000 pembeli online yang aktif, berusia di antara 18-50 tahun. Hasil kajian ini menunjukkan 84 peratus responden biasanya membeli lebih dari satu kategori setiap kali, dan kebanyakan dari mereka sanggup membeli sesuatu kerana tawaran yang bagus.
Harga adalah faktor no.1 di dalam pembelian online, diikuti dengan kesediaan Cashback dan tawaran eksklusif, serta penghantaran yang pantas dan berpatutan.

“Sama seperti pemerhatian kami sebelum ini, Elektronik, Pelancongan, Isi Rumah & Kehidupan, serta Kesihatan & Kecantikan kekal sebagai kategori paling popular. Pembeli sentiasa membuat kajian sendiri sebelum berbelanja, dan ia adalah aspek yang sedang kami usahakan sekarang - membantu pelanggan membuat pilihan bijak semasa membeli, dengan memperkenalkan fungsi tambahan ke dalam platform Cashback kami tahun depan.

“Selain itu, kami turut menemui kecenderungan membeli-belah dalam Kesihatan & Kecantikan, termasuk kategori Fesyen berkurangan mengikut usia. Ia mungkin perubahan dalam fokus seseorang dari keinginan peribadi kepada komitmen keluarga, seiring peningkatan usia. Manakala keinginan membeli-belah dalam Ruang Makan dan Isi Rumah & Kehidupan pula meningkat mengikut usia," tambah Looi.




Pembeli di Malaysia akan berbelanja lebih semasa Singles Day, Alibaba mensasarkan pasaran di luar China

Dari segi perbelanjaan, responden menyatakan mereka telah menyediakan bajet lebih tinggi untuk jualan Singles Day, dengan 28 peratus dari mereka menyediakan lebih dari RM300 (11% pada hari biasa) untuk membeli-belah, 20 peratus menyediakan RM200-RM299 (15 peratus pada hari biasa), 33 peratus responden pula menyediakan RM100-RM199 (41 peratus pada hari biasa) dan 19 peratus lagi menyediakan kurang dari RM100 (33 peratus pada hari biasa).

Singles Day pada asalnya disambut oleh mereka yang bujang di China, mendapat namanya dari tarikh 11 November  yang memiliki empat nombor 1 yang keseorangan.

Kumpulan e-dagang gergasi China, Alibaba, memulakan jualan Singles Day pada tahun 2009, memberi diskaun besar-besaran dan menggalakkan orang ramai membeli sesuatu untuk menjadikan mereka lebih gembira pada hari tersebut.

Ia telah menjadi jualan online paling besar di dunia, dengan rekod jualan sebanyak AS$14.3 bilion dicatatkan tahun lepas, mengatasi Cyber Monday Amerika Syarikat (AS$3.07 bilion) dan Black Friday (AS$2.74 bilion).



Tahun ini, kumpulan Alibaba menjangka akan memecahkan rekod lama mereka, dan menyediakan beberapa acara seperti pertunjukan fesyen online, permainan mudahalih realiti tambahan (AR), dan persembahan Katy Perry untuk menceriakan pembeli.

Dalam satu laporan, mereka merancang untuk mengembangkan Singles Day ke peringkat antarabangsa, menjangkau pasaran di luar China dengan Hong Kong dan Taiwan sebagai lokasi pertama, diikuti Asia Tenggara dan negara lain di seluruh dunia kemudiannya[1].

Di Asia Tenggara, ShopBack adalah rakan niaga Cashback pertama Taobao, dan kedua-duanya telah bekerjasama sejak 2014 untuk memberi ganjaran kepada pelanggan sehingga 50 peratus Cashback dalam bentuk wang tunai sebenar, menerusi platform aplikasi, mudahalih dan web.

Selain Taobao, syarikat e-dagang seperti Lazada, Groupon, Qoo10 turut sama menyertai arus ini dan memberikan Cashback menerusi Shopback pada 11 November.

Syarikat telah berjaya memberikan pembeli di Malaysia untuk mendapatkan tunai sebanyak RM5.4 juta sehingga kini, membawakan sekurang-kurangnya tujuh pesanan kepada rakan niaga setiap minit.

Sinar Harian

Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

Ulasan

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..

Catatan Minggu lepas popular

Dari penjual burger, kini miliki kilang sendiri

Mohd Izzuddin dan isteri bersama produk patty burger keluaran mereka KIRA-kira 20 tahun lalu, dia hanya seorang peniaga burger di sebuah gerai di tepi jalan berhampiran sebuah kolej di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.
Baginya, perniagaan gerai burger yang diusahakan ketika itu lebih daripada sebagai sumber pendapatan kerana dia turut mencari pengalaman berdepan selok-belok perniagaan demi mencapai wawasan masa depannya untuk bergelar seorang usahawan. Kini Mohd Izzuddin Mohamed, 41, berada di landasan tepat dalam merangka arah tuju wawasannya itu apabila dia berjaya mengembangkan perniagaan daripada peniaga burger biasa kepada perniagaan francais jenamanya sendiri, Akie Burger, di bawah Program Pra Francais Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Dia yang berpandangan jauh ke depan dalam perniagaan pada mulanya membuka beberapa gerai burger di sekitar Kuantan yang diuruskan sendiri pada 2009 sebelum mengambil keputusan membuat sendiri patty burger untuk kegunaan gerainya. Ketika itu dia hany…

Celcom Xpax tawar pelan internet sehingga 15GB

Zalman Aefendy (dua, kanan) pada majlis pengenalan pelan Xpax baharu. CELCOM Xpax memperkenalkan Pelan Internet Xpax yang menawarkan sehingga 15GB kuota internet bersama Music Walla dan Video Walla Percuma.
Pelanggan juga dapat menikmati ciri tambahan yang dipertingkatkan untuk melengkapi gaya hidup digital mereka seperti Pelan Harian RM5 (2GB), Pelan Mingguan RM6 (500MB), RM19 (5GB) dan Pelan Bulanan RM79 (15GB, dengan Music Walla percuma dan 15GB Video Walla).
Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan Internet Xpax dan ciri tambahannya adalah tawaran yang terhebat bagi memenuhi gaya hidup digital pelanggan.
“Kami inginkan pelanggan menikmati pengalaman internet digital terbaik dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, tanpa kebimbangan kehabisan kuota data.
“Celcom komited memenuhi kehendak pelanggan prabayar yang menginginkan lebih banyak internet dengan harga berpatutan, tanpa sebarang kerumitan. Dengan Xpax #nokelentong, apa yang …

RAMLY bakal jadi pesaing hebat produk McD

Iklan Penaja SHAH ALAM, 7 OGOS: Selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin, pengguna tempatan mula mengalihkan perhatian dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly.

Laman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.
Kebanyakan pelayar laman sosial memberikan respon positif terhadap perkara ini selain berkongsi gambar hidangan burger Ramly yang boleh didiapati di beberapa premisnya iaitu Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café.

Safrina Sulaiman Safri, berkata pengusaha produk tempatan perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menarik perhatian pengguna.

“Inilah masa terbaik local brands nak ambik kesempatan tarik hati pelanggan setia McD…keluarkan produk yang macam McD tapi local made (buatan tempatan). siap ada burger oblong lagi.
“Mac…

SENARAI KEDUDUKAN TERKINI ORANG MELAYU PALING KAYA DI MALAYSIA TAHUN 2016

Berdasarkan kedudukan ranking senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2016 yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, (www.forbes.com) terdapat tujuh individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut Kesemua mereka yang tersenarai sebagai individu berbangsa melayu Islam terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah seperti berikut

1. Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary Tan Sri Syed Mokhtar Al­bu­­khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.45 bilion pada tahun 2016 Beliau yang berusia 64 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom Beliau yang juga pengerusi pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 10 orang terkaya di Mal…

iPay88 sasar Timur Tengah

Kok Long menjelaskan mengenai perancangan iPay88.
SYARIKAT iPay88 Sdn Bhd (iPay88) kini menyasarkan meluaskan pasaran e-dagang ke Timur Tengah.
Pengasas bersama dan Pengarah Eksekutifnya, Chan Kok Long berkata, iPay88 telah pun diiktiraf dan dipercayai di rantau Asia seperti Hong Kong dan Bangladesh. Menurutnya, iPay88 menjangkakan peningkatan pendapatan dari pasaran antarabangsa menjelang akhir tahun ini.
"Walaupun Malaysia masih mengetuai dari segi pertumbuhan hasil, dari segi jumlah jualan, iPay88 melihat pertumbuhan 34 peratus di Indonesia untuk suku pertama dan kedua 2017 berbanding dengan tempoh yang sama pada 2016.
"Jumlah urus niaga di Indonesia juga meningkat sebanyak 97 peratus tempoh yang sama. Jumlah jualan di Filipina meningkat sebanyak 64 peratus dan jumlah urus niaga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 44 peratus.
"Bangladesh adalah peserta akhir dalam sektor e-dagang, namun ia telah mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa dalam masa yang singkat," kata…

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI