IKLAN
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan seorang pegawai berpangkat kolonel maut manakala beberapa lagi anggota polis cedera selepas bom tersebut meletup secara tiba-tiba.
"Kira-kira sejam kemudian, sebutir lagi bom menggegar kawasan di luar Istana Ittihadiya terbabit.
"Insiden tersebut turut mengorbankan seorang leftenan kolonel." kata kementerian berkenaan.
Susulan daripada itu, sebuah robot digunakan untuk memindahkan bom ketiga yang dipasang di kawasan tersebut sebelum ia berjaya dimatikan.
Difahamkan, kumpulan mujahidin Ajnad Misr mengaku memasang bom tersebut untuk menyasarkan pasukan keselamatan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen TV tempatan, Presiden Abdel Fattah al-Sisi berikrar untuk membawa dalang bertanggungjawab ke muka pengadilan, laporan dipetik dari AFP.
Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..