UmnoBN Salahguna Kuasa Pembinaan Istana Negara

Dari Tv Selangor

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membongkar penyalahgunaan kuasa Umno-BN berhubung pembinaan Istana Negara yang menelan belanja RM650 juta oleh Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd yang dikendalikan bekas bendahari Umno, Datuk Hj. Man bin Mat yang juga Adun Merbok.

Anwar berkata demikian dalam sidang medianya di Lobi Parlimen.

Menurut Anwar, syarikat tersebut dianugerahkan kontrak pembinaan pada Oktober 2007 sebelum ianya didaftarkan pada Ogos 2008.
Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

“Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok,” kata Anwar.

Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib.”

Ulasan