Perkerja SPR melayu islam bakal di bakar api Neraka!!! Terlibat dengan Pernipuan

Suasana tegang bicara bantahan pengundi pos


KETEREH, 26 Mac: Biar pun bantahan demi bantahan demi dibuat namun senarai baru pengundi pos masih muncul di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kok Lanas.

Pada akhir tahun 2010 penduduk tempatan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan sebagai pengundi pos.

Ketika perbicaraan diadakan, pengundi terbabit mendedahkan tidak mengetahui nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos. SPR akhirnya menerima bantahan tersebut.

Bagaimanapun ketika semakan daftar pemilih tambahan bagi suku kedua tahun lepas undi pos di kalangan isteri tentera disenaraikan semula.

Ketika itu terdapat seramai 408 pengundi pos isteri anggota tentera disenarai pada daftar tambahan berkenaan.

Bagaimanapun pada hari kedua perbicaraan diadakan terpaksa ditangguh ekoran bantahan dibuat PAS dan penduduk tempatan.

Dan hari ini pula berlangsung proses perbicaraan bantahan bagi suku keempat yang diadakan di pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood berkata, pada perbicaraan proses bantahan bermula hari ini seramai 126 pengundi pos yang meragukan dibantah penduduk tempatan.

Katanya, proses bantahan diadakan di hadapan pegawai kanan SPR diadakan tiga hari di mana hari ini 50 pemilih dibantah, esok (50 orang) dan lusa (26 orang).

“Mereka merupakan isteri anggota tentera, tentera dan orang awam yang mana senarai nama mereka diragui.

“Isu utama bantahan di mana tandatangan orang kena bantah (OKB) pada borang A tidak sama dengan Borang A yang ada pada SPR,” katanya di sini.

Proses bantahan itu turut dikawal selia pasukan peguam dari Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi PAS Kelantan yang diketuai Mohd Abdul Rashid Yah. Turut hadir peguam Hateman Abdullah, Alawi Mohd Rashid dan Mohd Najib Deris.

Abdul Rashid berkata, isu utama bantahan yang dibuat penduduk iaitu contoh tandatangan pemohon di Borang A yang dimiliki SPR dan salinan yang ada pada pemohon undi pos didapati tidak serupa.

Pada pandangannya terdapat unsur-unsur tidak sihat, di mana pemohon tidak tahu nama mereka didaftar sebagai pengundi pos dan kemungkinan ia dilakukan pihak tertentu.

“Semacam ada pakatan sulit di antara pihak tertentu dengan SPR. Ini jelas tidak telus. Kami telah mengemukakan bantahan kepada pengarah SPR Kelantan yang hadir sebagai pengadil kes tersebut,” katanya.

Antara pembantah yang hadir membuat bantahan pagi tadi termasuk Timbalan Ketua Pemuda PAS Ketereh, Abu Bakar Ibrahim.

Menurut Nik Mahadi pagi tadi suasana agak tegang berlaku apabila SPR pada awalnya tidak mahu menunjukkan salinan asal borang A pemohon undi pos ketika diminta pihak pembantah.

Bagaimanapun katanya, hasil campur pasukan peguam PAS menyebabkan SPR menunjukkan salinan asal Borang A yang memperlihat tandatangan pemohon tidak sama dengan Borang A dimiliki pemohon.

Malah pagi tadi juga kelihatan beberapa pegawai tentera yang lengkap berpakaian seragam mengawal pengundi pos yang hadir./HarakahDaily

Ulasan