KUALA LUMPUR, 27 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa BN selama ini berkuasa kerana persempadanan kawasan mengundi menunjukkan Umno sememangnya parti yang mengamalkan penipuan bagi memenangi pilihan raya.
“Sebelum ini, bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir pernah mendakwa Umno membeli undi bagi memenangi pilihan raya,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam satu kenyataan.
Bagi DPPM, katanya dakwaan bekas-bekas pemimpin Umno tentang strategi kotor Umno dalam pilihan raya umum terdahulu merupakan suatu dakwaan yang serius.
“Jika yang mendedahkan strategi kejahatan Umno dalam sistem pilihanraya di Malaysia adalah orang awam, ia mungkin boleh dipertikaikan kesahihannya.
“Tetapi jika yang mendedahkan strategi ini adalah bekas pemimpin Umno, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada Umno,” ujarnya.
Baginya, kedua-dua pemimpin itu adalah orang kanan Umno dan mereka tahu malah terlibat secara langsung dalam strategi Umno untuk memenangi pilihan raya umum yang mana sudah tentu dakwaan mereka berasas.
Justeru itu, ujarnya tidak hairanlah Umno mudah memenangi pilihan raya yang terdahulu meskipun rakyat sudah lama menolak Umno.
Menurutnya, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan survival kuasa mereka dapat dicapai sekalipun terpaksa mencalar nilai demokrasi di negara ini dan memperkudakan apa sahaja agensi yang dibawah pentadbiran mereka.
“Bukan suatu kebetulan semua modus operandi yang dijalankan dalam sistem pilihan raya di negara ini seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya, pendaftaran pemilih, undi pos, dan lain-lain melainkan tujuannya adalah untuk memenangkan Umno BN,” katanya lagi.
Justeru, jelasnya DPPM amat berharap, taktik jahat Umno itu dapat dibongkarkan agar ia dipatahkan dan tidak dibuat kembali menjelang PRU13.
Beliau menambah, sudah beberapa kali pilihan raya umum berlangsung dan sudah berpuluh tahun rakyat ditipu dengan sistem pilihan raya yang kotor di negara ini.
“Akhirnya, dengan dakwaan ini membuktikan Umno BN tidak layak memerintah negara,” katanya lagi.
Beliau menambah, mereka berlagak seolah mendapat mandat daripada rakyat terbanyak, hakikatnya mereka menang dengan segala unsur penipuan.
“Rakyat perlu sedar dan bangkit supaya negara ini diselamatkan dari pemimpin dan parti yang menipu dan merompak kepercayaan rakyat,” ujarnya./HarakahDaily
Pelawat Sejak Mac 2009
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Paling Popular
-
[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI
-
Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). ...
Post 7 Hari Popular
-
Ada RM50 Anda di beri sekeping simkad dan RM30 topup. Anda topup sahaja setiap bulan. Maklumat detail KLIK SINI
-
Jika anda beli simkad tone wow excel... tapi tak tahu cara nak daftar atau aktifkan simkad anda... anda boleh lah buat pendaftran di blog P...
-
JOM SIAPA NAK LAYAN TV PROMOSI PROJEK PELABURAN TELCO TONE WOW GROUP TW88 KLIK LAJU LAJU SINI
Followers
Senarai Blog Bisnes
-
-
Laporan income pasif tw88 - Update : 26.1.2020 1. Jun 2019 RM66.60 2. Jul 2019 RM55.15 3. Aug 2019 RM47.80 4. Sep 2019 RM69.39 5. Oct 2019 RM65.73 6. Nov 2019 RM88.33 7. Dec 2019 RM13...
-
SIAPA NAK BUAT PELABURAN DENGAN SISTEM TW88? - Modal : RM50 sahaja Setiap bulan : lakukan topup RM30 ke atas Maklumat penuh *KLIK SINI*
-
JANA PROFIT 5% KE 20% SETIAP BULAN. - NIAGAKAN WANG ANDA* Perkiraan mudah untuk menampakkan keuntungan bila anda gunakan wang simpanan anda utk digandakan dalam *essencefx* dengan menggunakan s...
-
KEBAIKAN TONE WOW - Daripada awak semua viralkan lawak bodoh dan mengarut tu.. lebih baik awak viralkan KEBAIKAN TONE WOW ne... Biar semua orang tahu apa sepatutnya dorang PERL...
-
Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful - Pada rakan/sahabat yg ingin mengambil Perlindungan Takaful tapi tiada kemampuan dan malas nak berurusan boleh ambil dlm pakej ini. http://www.gajimasyuk.c...
-
Kelebihan bisnes toneexcel berbanding dgn kebanyakkan bisnes2 lain. - MODALNYA KECIL. syarat untuk menjadi agen bisnes Tone excel ini. pertama sekali adalah anda sendiri perlu menjadi penguna simkad ini. Simkad ini berharga R...
-
Ahli terkini kelabsimkad.com - layari website mohd fauzi dari nilai negeri sembilan.. klik www.kelabsimkad.com/fauzinilai
-
Bonus Pakej untuk jualan 1 - 15 July 2017 sudah di bayar. - *Papan Kenyataan* *YG BERMINAT NAIKKAN JUALAN SYARIKAT ANDA BOLEH JOIN BISNES TELCO INI* *KLIK SINI* WEBSITE BIZ55 TERKINI LAYARI : *http://revo55.weebly....
-
Top 10 Income, Update 07 July 2017 - *1. Siti Zuraidah bt Sayudi RM1290.642. Mohd Ridhwan bin Saimi RM1083.86* 3. Mohd Ahmar bin Saipudin ...
-
-
Kini Telah Ada Peta Minda - Layari : http://www.petamindasains.com/
-
DAPATKAN WEBSITE REFLIKA TONE EXCEL PROMOSI PERCUMA - *PERHATIAN!!!* *KELABSIMKAD MENAWARKAN KEPADA SEMUA PENGGUNA SIMKAD. KHAS KEPADA PENGGUNA SIMKAD TONE EXCEL.* *DAPATKAN WEBSITE REFLIKA PROMOSI* * P...
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..