MB S'gor cabar RPK dedah lagi rakaman video
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid dengan sinis "menggalakkan" penulis blog kontroversi itu "mempamerkannya supaya orang ramai dapat tengok".
"Ini adalah permainan yang lucu, jadi teruskanlah.
"Saya mendapatinya begitu menjengkelkan, begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa.
Raja Petra sebelum ini membuat spekulasi bahawa kamera tersembunyi dipasang oleh musuh Khalid untuk merakamkan keadaan mencurigkan beliau bersama dengan seorang pembantunya.
Penulis blog itu mendakwa pihak yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memiliki banyak rakaman video yang boleh menjatuhkan Khalid.
Pada Ogos 2010, Khalid dilapor berkata beliau mennjumpai video kamera tersembunyi di pejabatnya./MalaysiaKini
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..