Samseng serang rumah penganalisis politik

Sekumpulan samseng menyerang rumah penganalisis politik, Ong Kian Ming awal petang ini. Mereka gagal memecah masuk ke dalam rumah walaupun telah memecahkan pintu depan.

NONE"Tiga samseng cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah saya,
memecah pintu pagar saya, guna taktik ugutan, kemudian beredar,"  tulisnya dalam twitter beliau pada kira-kira jam 4.50 petang.

Ong (kiri) mengesyaki bahawa serangan itu "bermotifkan politik" dan bukan cubaan rompakan biasa.

Ong kemudian membuat laporan di balai polis SS2 Seapark.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau menceritakan kejadian yang katanya merupakan satu cubaan untuk menakut-nakutkannya.

"Ia berlaku pada kira-kira 4.45 petang, tiga India dalam kereta Wira coklat berhenti di depan rumah saya. Saya percaya ia mensasarkan saya, mereka tahu rumah mana nak serang.

"Mereka memecahkan pintu pagar automatik saya dan masuk ke dalam dan cuba untuk memecah buka pintu depan, walaupun mereka tahu saya berada di dalam. Saya menjerit ke arah mereka.

"Gagal untuk memecahkan pintu depan, mereka beredar. Tetapi salah seorang daripada mereka menunjuk jari ke arah saya, seperti memberi amaran, dan kemudian memukul bonet kereta saya. "

Beliau percaya serangan tersebut ada kaitan dengan kritikannya baru-baru ini terhadap agensi kerajaan Pemandu, MCA dan MP Labis Chua Tee Yong dalam Twitter dan platform lain.

Katanya, walaupun tidak boleh membuktikannya secara positif, tetapi Ong berkata sikap agresif dan sasaran serangan tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakutkannya.

Ong juga memuji polis yang bertindak cepat selepas menerima panggilannya dan tiba hanya lima minit selepas kejadian itu berlaku./MalaysiaKini

Ulasan