Jana pendapatan sampingan Dengan Homestay

Jana pendapatan sampingan

NIAT asalnya hanya mahu menjadikan rumah yang baharu dibelinya ini sebagai rumah persinggahan keluarga berikutan kemudahan yang lengkap, namun siapa sangka ia mampu menjana pendapatan sampingan kepada Mohd Ezral Jusoph.

Setia Homestay yang terletak di Setia Alam ini diusahakan sepenuhnya oleh Mohd Ezral bersama isteri sejak Januari lalu.

Mohd Ezral berkata, dia melaburkan sehingga RM35,000 bagi kesemua pengubah suaian, kelengkapan dan perabot rumah.

Menurutnya, dia mahu menjadikan rumah itu selesa dan seperti berada di rumah sendiri.
Oleh sebab itu, Setia Homestay menawarkan kelengkapan penuh kepada pelanggan sehingga kepada kerusi urut kaki, bahan bacaan dan permainan.

Katanya, dengan hanya kos semalam RM238, pelanggan boleh menikmati kesemua kemudahan yang disediakan dan kelengkapan rumah seperti berada di rumah sendiri tetapi eksklusif setanding hotel.
"Saya tidak sangka Setia Homestay mendapat sambutan daripada pelbagai golongan sama ada keluarga mahupun syarikat.

"Pelaburan homestay ini memang sangat berbaloi, dengan hanya purata empat hingga lima tempahan sebulan saya mampu membayar ansuran bulanan kepada pihak bank dan kos penyelenggaraan," katanya.

Menurutnya, tarikan Setia Homestay di kalangan pelanggan adalah kelengkapan, keselesaan, cantik dan kemudahan yang ditawarkan.

Mohd Ezral berkata, dia melihat potensi menjana pendapatan yang besar hanya selepas beberapa bulan beroperasi dan percaya ia akan meningkat pada masa akan datang.

"Saya merancang untuk membeli aset lain dan jadikan ia homestay pada masa akan datang di kawasan berhampiran kerana saya percaya potensinya yang besar," katanya.

Sinar Harian Online

http://biz55.lot.my/
http://www.kelabsimkad.com/
http://revobiziklan.blogspot.my/

Ulasan