U Mobile tawar khidmat WiFi Calling

U Mobile tawar khidmat WiFi Calling

U MOBILE Sdn Bhd (U Mobile) menawarkan khidmat WiFi Calling, yang membolehkan pelanggan membuat dan menerima panggilan suara menerusi WiFi peribadi atau awam, tanpa sebarang caj tambahan.

Perkhidmatan itu ditawarkan kepada semua pelanggan pasca bayar dan prabayar U Mobile, sebagai penyelesaian liputan rangkaian dalam bangunan dan pejabat yang terhad.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Jasmine Lee berkata, walaupun pelanggan berada di kawasan liputan rangkaian terhad seperti di tingkat bawah tanah bangunan, kawasan terpencil atau pedalaman, mereka masih boleh membuat atau menerima panggilan selagi berhubung WiFi.

“Panggilan WiFi menawarkan panggilan biasa menerusi telefon mudah alih menggunakan WiFi, berlainan dengan perkhidmatan Voice Over Internet Protocol (Voip), seperti Skype, Viber dan WhatsApp. Pengguna boleh membuat panggilan WiFi ke nombor mudah alih dan talian tetap, selain membuat panggilan IDD dengan U Mobile WiFi Calling.

“Panggilan WiFi adalah perkhidmatan menjimatkan, terutama kepada pelanggan U Mobile yang ke luar negara kerana mereka tidak dikenakan caj perantauan bagi panggilan yang dibuat menerusi WiFi, ke nombor yang berada dari Malaysia dari mana-mana lokasi sekalipun. Panggilan itu akan dikira sebagai panggilan tempatan mengikut caj Malaysia," katanya pada Majlis Pelancaran U Mobile WiFi Calling, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Buat masa ini, perkhidmatan itu disediakan untuk pelanggan U Mobile yang menggunakan model iPhone 5C, 5S, SE, 6, 6 Plus, 6s dan 6s Plus.

“Perkhidmatan diperluas kepada pengguna telefon Android, dijangka suku ketiga tahun ini,” katanya.
Menurutnya, pengalaman menggunakan U Mobile WiFi Calling dijamin lancar seperti membuat panggilan telefon biasa.

“U Mobile sedang berkembang pesat dan kami berusaha menyediakan rangkaian liputan terbaik kepada pelanggan kian meningkat,” katanya.

Beliau berharap dengan WiFi Calling, pelanggan dapat menikmati pengalaman menyeronokkan dan kekal bersama U Mobile, di samping menarik minat ramai menggunakan pelan syarikat telco itu.
"U Mobile ada 4 juta pelanggan pasca bayar dan prabayar," katanya.

Bagi menikmati perkhidmatan itu, pelanggan U Mobile perlu mengaktifkan fungsi WiFi Calling pada telefon pintar masing-masing dan memastikan mereka disambungkan perkhidmatan WiFi Calling U Mobile.

Sinar Harian Online

http://biz55.lot.my
http://revobiziklan.blogspot.my
http://www.kelabsimkad.com

Ulasan