Langkau ke kandungan utama

Skim cepat kaya: SC beri amaran

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ini dengan skim cepat kaya kerana terdapat skim yang dipromosi dengan berselindungi di sebalik pelaburan bon.

Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata penawaran bon palsu berkenaan kadangkalanya dikaitkan dengan bon asing bagi mensahihkan lagi skim tersebut.

"Skim ini menarik minat pelabur dengan menjanjikan keuntungan yang tinggi sehingga 40 peratus sebulan. Skim ini biasanya memberi jaminan pulangan atau keuntungan yang tinggi kepada pelabur, tanpa sebarang atau risiko pelaburan yang sedikit.

"Pelabur perlulah mengesahkan skim-skim tersebut sekiranya terdapat dakwaan bahawa ia berasal dari luar negara," kata SC.

Menurut undang-undang, tawaran bon kepada orang awam di Malaysia memerlukan kelulusan SC, katanya.

Bagi mendapatkan makluman yang bon-bon berkenaan telah diluluskan, pelabur dinasihatkan agar menyemak laman sesawang SC, www.sc.com.my atau menghubungi SC di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my. - Bernama

http://biz55.lot.my
http://www.kelabsimkad.com
http://revobiziklan.blogspot.my
http://promotetoneexcel.blogspot.my

Ulasan